Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bagai air yang dicincang tidak akan putus. Itulah umpamaan yang boleh dikaitkan dengan hubungan adik beradik ini. Walaupun sudah mencecah usia lebih 80 tahun, namun mereka tidak pernah malu untuk menunjukkan kasih sayang antara adik dan kakak.
Bagitulah kisah yang dikongsikan oleh cucunya di laman Tiktok Nurulwani99 tentang keakraban neneknya bersama adik tercinta. Walaupun video tersebut sangat manis yang boleh membuatkan orang ramai tersenyum sendiri, tetapi SK yakin mesti ada juga yang berasa terharu.
Ya, teringat gelagat Tok atau nenek di kampung halaman. Kelaku nenek di dalam video persis nenek kita di kampung. Rata-rata warganet turut terharu dengan gelagat dua beradik ini.
Kata Wani semasa menghubunginya, selepas ibunya meninggal dunia, kini gilirannya pula yang membawa neneknya berjumpa dengan adik beradiknya yang lain.
Menerusi video yang mendapat tontonan lebih dari 90 ribu dari Tiktok ini, nenek yang berusia 83 tahun ini dikenali sebagai Tok Om sangat rapat dengan adik lelakinya yang bernama Kasa. Gelagat mereka ‘sayang’ itu membuatkan ramai yang tersentuh.
Rata-rata orang ramai mendoakan kesihatan yang baik untuk mereka berdua. Tak kurang juga ada yang rindu dengan kampung halaman.






Sumber: Nurulwani99