Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Acap kali manusia didedahkan dengan pelbagai kisah seram yang berlaku di sekeliling kita. Perkara ini dikaitkan dengan unsur-unsur mistik yang jelas membuatkan kita sering berada di dalam ketakutan.
Tidak dinafikan, kebanyakkan kisah seram yang dikongsi selalunya berlaku di tempat yang kurang tumpuan orang ramai seperti di hotel atau homestay tambahan pula dengan musim pandemik sekarang.
Baru-baru ini tular rakaman video di laman Tiktok Skuylahlamaa mengenai rakaman seram yang memaparkan kerusi kayu di sebuah hotel bergerak dengan sendrinya. Kerusi tersebut kelihatan bergerak ke kiri dan ke kanan sedangkan tiada siapa yang berada di situ.
Menerusi laman Tiktok yang sama juga berkongsi rakaman video bahagian kedua yang menunjukkan tombol pintul di hotel yang mereka menginap ini bergerak seakan-akan ada orang yang ingin membukannya, namun sebaliknya tiada siapapun.
Namun, gangguan tersebut bukan hnay terhenti di hotel sahaja, ia menghantui mereka sewaktu dalam perjalanan pulang dari hotel tersebut. Dalam rakaman tersebut, terdengar bunyi seorang wanita menangis teresak-esak di dalam kereta mereka.
Kemudiannya, salah seorang rakan mereka menekan brek kereta secara mengejut. Apa yang berlaku masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang.
Bagaimanapun, dakwa pemuda ini di laman Tiktoknya berkata video ini hanyalah sekadar jenaka untuk semua.
Sumber: Skuylahlamaa