Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Diserang Strok Sejak Lebih Sebulan, Pelakon Veteran Amran Tompel Kini Terlantar Di Rumah

Foto: Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan

Siapa yang tidak kenal dengan pelawak Tanah Air yang pernah menjadi sebutan ramai suatu ketika dahulu ketika masih bergiat aktif dalam bidang seni, namun kini tidak lagi. Kini hanya terlantar lemah berikutan dengan masalah kesihatan yang dialaminya.

Amran Aman Ramli atau Amran Tompel merupakan seorang seniman Tanah Air yang kini terlantar sakit dikediamannya di Senawang, Negeri Sembilan setelah beliau diserang angin ahmar sejak lima tahun lalu. Beliau yang berusia 70 tahun ini dikatakan diserang strok sejak peringkat awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sejak kebelakangan ini, tular di media sosial tentang kesempitan hidup yang dialami pelakon dan pelawak veteran yang memerlukan bantuan ikhlas orang ramai.

Perkara ini turut dikongsi oleh Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan MAINS yang berziarahi dan menyampaikan bantuan seperti lampin pakai buang, makanan asas dan wang tunai segera. Bantuan telah disampaikan oleh Ketua Unit Kebajikan, Bahagian Agihan Zakat, PBMalNS MAINS, Ust. Mohd. Zahid Mohammad.

Difahamkan oleh anak beliau, Shafiq Amran, 26, telah ada badan bukan kerajaan (NGO) dan individu-individu termasuk rakan-rakan yang tampil menghulurkan sumbangan termasuk Persatuan Seniman Malaysia (Seniman). Berdasarkan rekod, Amran juga pernah mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan BaitulMal sendiri sebelum ini.

Sumber: Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan