Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Dakwa Diabai Kerajaan, Orang Asli Peru Terpaksa Guna Daun Pisang Sebagai Topeng Muka

Masyarakat Orang Asli di Peru dari suku El Pilar dilapor terpaksa menjadikan daun pisang sebagai topeng muka setelah mendakwa bahawa kerajaan negara tersebut tidak mengendahkan soal kesihatan komuniti itu ketika wabak COVID-19.

Seorang ahli suku kaum itu, Felix Manuel Kuaquibegue Banacua berkata, “Kepada tuan presiden, kami ini adalah masyarakat natif (Orang Asal @ Asli) dan kami juga ada hak yang sama seperti rakyat di bandar,”

Dakwa komuniti itu, mereka langsung tidak menerima sebarang bantuan daripada kerajaan untuk melawan pandemik COVID-19.

Atas sebab itu, mereka terpaksa mencari inisiatif sendiri dengan mencipta topeng muka daripada daun pisang, serta menjalani kuarantin sendiri di kediaman masing-masing.

Untuk rekod, Peru menduduki negara kedua tertinggi jangkitan COVID-19 di benua Amerika Selatan selepas Brazil, dengan mencatatkan 28,699 kes dan 782 kematian setakat ini.

Sumber: Twitter