Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Alif Satar Kongsi Pesanan ‘Duduk Di Rumah’ Guna Bahasa Isyarat

Siapa yang tidak kenal dengan Alif Satar? Seorang selebriti tanah air yang hebat dan ‘multi-tasking‘, boleh menyanyi, mengacara, berlakon, bernasyid dan sebagainya.

Dalam tempoh wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini juga, penyanyi yang terkenal dengan lagu Sesungguhnya (berduet dengan kumpulan Raihan) ini turut berbakti dengan caranya tersendiri, iaitu menyampaikan nasihat kepada peminatnya untuk duduk di rumah bagi melawan COVID-19.

Menariknya, pesanannya itu disampaikan dengan gaya bahasa isyarat yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya serta turut dikongsi semula (repost) oleh Twitter Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Mari kita saksikan apa kata Alif!

Sumber: Instagram