Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tular Detik-Detik Dua Pesawat AS Berlanggar Ketika Pertunjukan Udara
Pertunjukan udara merupakan salah satu acara yang sentiasa meraih perhatian orang ramai.
Bukan sahaja menghimpunkan pelbagai jet dan pesawat yang jarang dilihat, malah pengunjung juga disajikan dengan persembahan akrobatik jet-jet yang dipandu oleh juruterbang terlatih.
Tak hairan mengapa ia sentiasa mendapat sambutan setiap kali diadakan.
Namun, kadangkala berlaku juga perkara yang tidak diingini seperti masalah teknikal atau kemalangan semasa melakukan pertunjukan udara.
Baru-baru ini, tular video memaparkan dua pesawat pejuang bertembung di udara semasa pertunjukan udara, Gunfighter Skies.
Menurut laporan BBC News, kejadian berlaku apabila dua pesawat 18G milik Tentera Laut AS sedang melakukan demonstrasi udara di Pangkalan Tentera Udara Mountain Home di Idaho, Amerika Syarikat (AS) Ahad.
Satu video yang memaparkan detik-detik kejadian, melihatkan kedua-dua pesawat berkenaan berlanggar antara satu sama lain sebelum hilang kawalan dan jatuh terhempas.

Keadaan menyebabkan kepulan asap hitam, tinggi naik ke langit

Dalam masa yang sama, turut kelihatan empat kru sempat menyelamatkan diri dari insiden dengan melakukan eject daripada pesawat berkenaan sebelum terhempas.
"Anak kapal yang terlibat dalam insiden tersebut berada dalam keadaan stabil.
"Terima kasih kepada semua tetamu atas kesabaran dan keprihatinan anda, yang membolehkan kami bertindak balas terhadap insiden ini dengan cepat dan selamat," maklum Mountain Air Force Base Gunfighters dalam satu kenyatan di media sosial.
Difahamkan, selepas kejadian, pangkalan tersebut ditutup seketika manakala baki acara pertunjukan udara dibatalkan bagi memberi laluan kepada siasatan yang dijalankan.
Kali terakhir pertunjukan udara Gunfighter Skies diadakan pada tahun 2018, menyaksikan seorang juruterbang peluncur (glider) maut dalam satu kemalangan.