Bagi mereka yang bergelar pemilik haiwan, menjamu selera di hadapan si manja mungkin antara perkara yang sukar untuk dilakukan.
Pantang nampak kita memegang pinggan, mulalah mereka datang menggesel kaki atau merenung dengan pandangan penuh harapan.
Namun, pernahkah anda terhenti sejenak dan terfikir bahawa kita sendiri tidak pernah sekali pun 'mengendeng' atau meminta-minta ketika giliran mereka pula sedang asyik menikmati makanan di dalam mangkuk?
“Kenapa Ya Time Kita Makan, Dia Mintak-Mintak. Time Dia Makan Kita Tak Kacau Pun”

Seorang pengguna Threads, @hjrkmls bertanyakan tentang tabiat si manja itu sambil berseloroh di dalam hantaran yang dimuat naik.
“Kenapa ya time kita makan, dia mintak-mintak. Time dia makan kita tak kacau pun. Toxic betul perangai,” kongsinya.
Di dalam hantaran tersebut juga disertakan sekeping gambar yang memperlihat si bulus milik individu tersebut sedang berdiri dihadapannya yang sedang menjamu selera sambil mempamerkan wajah kasihan.
“Dia Nak Makan Nasi Kandar. After I Said Cannot, Dia Tenung Nasi Tu Sampai I Habis Makan”

Dari hantaran itu, ramai yang berkongsi pengalaman bahawa mereka turut menghadapi situasi yang sama.
Seorang pengguna meluah tentang si bulusnya yang ingin menjamu nasi kandar miliknya sejurus selepas menghabiskan makanan miliknya sendiri.
“Dia nak makan nasi kandar. After i said cannot, dia tenung nasi tu sampai i habis makan. Dia baru lepas makan kibbles semangkok,” luahnya.
“ Tulah Cibuk Je”

Seorang lagi pengguna turut membalas hantaran itu yang disertakan dengan sekeping gambar si bulusnya yang memperlihat sedang mencuba untuk mengambil lauk dari makanannya.
“Tulah cibuk je,” selorohnya.
Selain itu, pengguna lain turut berkongsi tentang prinsip hidup kucing dari perspektifnya.
“Prinsip hidup kucing: makanan dia, dia punya. Makanan kita, kena kongsi,” selorohnya.
Apa-apa pun, ragam lucu si manja ini sememangnya menjadi peneman setia yang mampu menghilangkan tekanan selepas seharian penat bekerja.
Ketiadaan si manja di sisi pasti membuatkan hari-hari kita terasa tidak lengkap dan sunyi.
Hakikatnya, ikatan yang terjalin menjadikan mereka lebih daripada sekadar haiwan peliharaan kerana mereka juga adalah peneman setia dan sebahagian daripada jiwa keluarga kita.

