Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tiada Keperluan PRK, Isi Kekosongan Luar Jangka Parlimen Pandan, Setiawangsa
PUTRAJAYA -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan tiada keperluan untuk menjalankan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen P.100 Pandan dan P.118 Setiawangsa.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi SPR, Dato Sri Ramlan Dato Harun dalam satu kenyataan hari ini.
Ia susulan notis peletakan jawatan oleh Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul sebelum ini.
Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul, perkara itu berdasarkan kepada Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan.
"Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima pemakluman daripada YB Tan Sri Dato' Dr. Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat melalui surat bertarikh 20 Mei 2026, berhubung dengan status kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P.100 Pandan dan P.118 Setiawangsa selepas diisytiharkan kosong di bawah Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan.
"Selaras dengan itu, TIADA Pilihan Raya Kecil (PRK) Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.100 Pandan dan P.118 Setiawangsa akan dijalankan