Peminat snek keju kini boleh menikmati The Laughing Cow Cheez Dippers dalam saiz hidangan individu menerusi Cheez Dippers Solo, yang kini boleh didapati di 7-Eleven seluruh negara.
Ditawarkan dalam pek 30 gram, Cheez Dippers Solo menggabungkan sos keju yang berkrim dan batang roti rangup dalam satu hidangan yang mudah dibawa dan dinikmati pada bila-bila masa.
Tidak perlu risau tentang lebihan atau membahagikan hidangan, pek individu ini sesuai untuk mereka yang mahukan snek ringkas ketika dalam perjalanan, di pejabat atau sekadar mengalas perut antara waktu makan.
Cheez Dippers Solo menampilkan sos keju yang diperbuat daripada keju sebenar dan dipadankan dengan batang roti rangup yang diperbuat menggunakan bijirin sebenar serta perisa semula jadi.
Produk ini juga merupakan sumber kalsium dan disahkan halal.
Dengan saiz yang kecil dan pembungkusan yang kemas, Cheez Dippers Solo juga sesuai dibawa ketika berkelah, dimasukkan ke dalam goodie bag atau dihidangkan sebagai sebahagian daripada hidangan ringan ketika berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan.
The Laughing Cow, yang telah berada di pasaran selama lebih 100 tahun, terkenal dengan produk keju yang mudah dinikmati termasuk keju berbentuk segi tiga ikoniknya dan rangkaian Cheez Dippers.

Kini, Cheez Dippers Solo hadir sebagai pilihan baharu untuk mereka yang mahukan snek dalam kuantiti yang lebih kecil tanpa mengorbankan rasa.
The Laughing Cow Cheez Dippers Solo (Plain, 30g) kini dijual pada harga RM3.90 sebungkus di 7-Eleven.
Selain itu, ia turut boleh didapati di beberapa rangkaian kedai serbaneka terpilih di seluruh negara termasuk MyNEWS dan CU Mart.
Bagi peminat Cheez Dippers, format Solo ini juga mungkin bakal hadir dengan lebih banyak pilihan perisa pada masa akan datang.
Untuk maklumat lanjut, ikuti The Laughing Cow Malaysia di Instagram @thelaughingcow_my dan Facebook @TheLaughingCowMalaysia.
