Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: 5 Kematian Dalam Tempoh 24 Jam, Jumlah Terkini 50 Kes Kematian

Lima lagi kematian dilaporkan akibat Covid-19 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 50 kematian di negara ini setakat jam 12 tenghari tadi, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Iklan

Menerusi sidang media KKM, kes kematian ke-46 (kes ke-2909) merupakan lelaki berumur 37 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik dan rendah imuniti.

Beliau telah dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor.

Kes kematian ke-47 (kes ke-2910) merupakan lelaki berumur 78 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan gout.

Beliau telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Aminah, Johor.

Kes kematian ke-48 (kes ke-2572) merupakan lelaki berumur 85 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung.

Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor.

Kes kematian ke-49 (kes ke-1273) merupakan lelaki berumur 61 tahun dan mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-2107).

Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Kes kematian ke-50 (kes ke-1767) merupakan lelaki berumur 69 tahun dan tidak mempunyai sejarah penyakit.

Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan.

Sumber: Sidang Media KKM, KKM Putrajaya