Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Tanda Kasih," Penduduk Gaza Kibar Jalur Gemilang, Rai Hari Malaysia

Penduduk Gaza Kibar Jalur Gemilang
Kredit: Cinta Gaza Malaysia

“Tanda Kasih,” Penduduk Gaza Kibar Jalur Gemilang, Rai Hari Malaysia

Hari ini menjadi satu lagi tanggal bermakna buat negara apabila rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia bagi memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Dalam kemeriahan sambutan itu, beberapa penduduk di Gaza turut sama meraikan hari bersejarah tersebut.

Penduduk Gaza Kibar Jalur Gemilang

Menerusi perkongsian Cinta Gaza Malaysia di Instagram, mereka dilihat mengibarkan Jalur Gemilang bersama bendera Palestin sempena Hari Malaysia.

Meskipun berdepan keadaan yang sukar, mereka tetap mengambil kesempatan untuk menzahirkan penghargaan dan solidariti terhadap Malaysia.

“Di sebalik segala cabaran yang dilalui, rakyat Gaza turut sama meraikan Hari Malaysia dengan mengibarkan Jalur Gemilang bersama bendera Palestin.

“Sebuah tanda bahawa kasih dan solidariti antara Malaysia dan Palestin terus merentasi sempadan.

“Semoga kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menjadi kenyataan buat rakyat Palestin suatu hari nanti.

“Selamat Hari Malaysia daripada Gaza buat seluruh rakyat Malaysia,” kata Cinta Gaza Malaysia.

Sebelum ini, beberapa penduduk Gaza turut menghasilkan mural khas sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu.

Sumber:Instagram
Intipati
  • Rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia bagi memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 1963.
  • Cinta Gaza Malaysia berkongsi penduduk Gaza mengibarkan Jalur Gemilang bersama bendera Palestin.
  • Mereka menzahirkan penghargaan dan solidariti terhadap Malaysia meskipun berdepan keadaan sukar.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan