Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Tak Pasal-Pasal Kena Buka Aircond.." - Oyen Buat Hal, Netizen Kata Nak Jadi 'Technician'

tak pasal-pasal aircond
Kredit: Threads @eraminnnn

Gelagat seekor kucing oren mencuri perhatian di platform Threads apabila haiwan itu dipercayai menyelinap masuk ke dalam unit penyaman udara seperti seorang juruteknik sehingga menyebabkan pemiliknya berdepan situasi tidak dijangka.

Iklan

“Tak pasal-pasal kena kapak aircon”, keluh pengguna itu.

“Tak Pasal-Pasal Kena Buka Aircond..”, Ekor Kucing Terjulur Keluar Dari Penyaman Udara

Kredit: Threads @eraminnnn

Gambar pertama dari perkongsian pengguna itu menunjukkan ekor kucing berkenaan terjulur keluar dari bahagian saluran udara penyaman udara yang dipasang pada dinding.

Keadaan itu menimbulkan persoalan bagaimana haiwan berkenaan boleh masuk ke ruang tersebut sehingga hanya bahagian ekornya kelihatan dari luar.

Situasi berkenaan pastinya bukan sesuatu yang dijangka oleh pemilik rumah kerana insiden itu berkemungkinan memerlukan pemeriksaan dan kerja membuka sebahagian unit penyaman udara bagi memastikan kucing berkenaan dapat dikeluarkan dengan selamat.

Muka Penuh Habuk, Serupa Jalani Latihan Untuk Menjadi Juruteknik Penyaman Udara

Kredit: Threads @eraminnnn

Gambar kedua perkongsian pengguna itu pula menunjukkan kucing itu kelihatan memandang ke arah kamera dengan wajah yang penuh dengan kesan habuk.

Seorang pengguna lain berseloroh seolah-olah haiwan itu sedang menjalani latihan untuk menjadi juruteknik penyaman udara.

“The question is howw??? Ya Allah yennnn.. ko memang rare,” tulis seorang pengguna yang terhibur melihat gelagat kucing berkenaan.

Seorang lagi pengguna pula berseloroh bahawa pemiliknya tidak pasal-pasal terpaksa membuka penyaman udara disebabkan tindakan si bulus itu.

Ada juga yang membayangkan pemilik rumah mungkin perlu memanggil juruteknik untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Jangan Tarik Kucing Secara Paksa

Walaupun kelihatan melucukan, kejadian seperti ini perlu ditangani dengan berhati-hati.

Kucing yang terperangkap di dalam ruang sempit atau bahagian peralatan elektrik boleh berdepan risiko kecederaan, selain berkemungkinan merosakkan komponen penyaman udara.

Jika berdepan situasi sama, pemilik disarankan supaya tidak menarik ekor atau cuba mengeluarkan haiwan secara paksa.

Sebaliknya, dapatkan bantuan individu berpengalaman atau juruteknik bagi memastikan kucing dapat diselamatkan tanpa mendatangkan kecederaan.

Apa pun, gelagat si bulus ini memang lain macam. Belum sempat jadi juruteknik, sudah buatkan tuannya berpotensi perlu mengeluarkan kos membaiki aircond pula.

Sumber:Threads
Intipati
  • Seekor kucing oren dipercayai menyelinap masuk ke dalam unit penyaman udara rumah.
  • Gambar dikongsi menunjukkan ekornya terjulur keluar dan wajahnya dipenuhi kesan habuk.
  • Pemilik disaran mendapatkan bantuan berpengalaman, bukan menarik kucing keluar secara paksa.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan