Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Taarana, sebuah pusat pendidikan pemenang anugerah untuk kanak-kanak berkeperluan pendidikan khas, menyambut dua makna besar apabila acara Hari Sukan Tahunan mereka berlangsung serentak dengan sambutan Hari Guru Kebangsaan pada tahun ini. Dengan tema “Guardians of the Nation”, sambutan berganda ini menjadi penghargaan penuh makna kepada para guru yang mendidik pelajar Taarana melalui pendidikan dan inklusif.
“Hari ini bukan sekadar sambutan tahunan yang meriah dengan pelbagai acara sukan. Sempena Hari Guru Kebangsaan pada hari ini, kita juga menghargai para pendidik Taarana yang berdedikasi sebagai benteng pertama dalam membimbing anak-anak ini, dengan bekerja keras untuk menyokong para pelajar kami dalam setiap langkah yang diambil,” kata Dr. Sunitha Sivakumaran, Pengetua Taarana.

Tema tersebut dipilih bagi mencerminkan kepercayaan bahawa setiap individu, tanpa mengira kebolehan fizikal atau kognitif, mempunyai nilai penting dan peranan yang signifikan dalam masyarakat.
Di tengah-tengah sorakan, warna-warni ceria dan semangat komuniti yang jelas, sambutan hari ini telah mengubah Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjadi arena pemerkasaan di mana pelajar, ibu bapa dan guru berdiri seiring sebagai penyumbang kepada komuniti yang lebih kukuh, inklusif dan berdaya tahan.

RAIKAN PELAJAR TAARANA, SEMARAKKAN KEBERSAMAAN
Program hari ini dimulakan dengan sesi pemanasan badan yang diketuai oleh guru-guru Taarana, sekali gus mewujudkan suasana yang meriah sebelum beralih kepada acara permainan yang direka khas untuk menyerlahkan kepelbagaian bakat para pelajar serta penglibatan ahli keluarga.
Berdasarkan tema “Guardians of the Nation,” program hari ini turut diserikan dengan acara permainan melibatkan ibu bapa dan anak-anak, sekali gus menonjolkan peranan para penjaga sebagai anggota penting dalam komuniti.
Kemeriahan Hari Sukan Tahunan itu mencapai kemuncaknya semasa majlis penyampaian anugerah, di mana setiap peserta diiktiraf atas penyertaan mereka. Dedikasi tahunan untuk meraikan pelajar neurodivergen ini mengukuhkan komitmen Taarana dalam menyediakan persekitaran yang mengiktiraf pelajarnya sebagai anggota penting masyarakat.
Tahun ini turut mencatatkan edisi terbesar Hari Sukan Taarana setakat ini, dengan kehadiran lebih 32 pelajar, 77 ibu bapa dan penjaga, 19 guru, serta 11 sukarelawan. Kini memasuki tahun ke-14, sambutan tahunan ini terus berkembang sebagai platform utama untuk penglibatan komuniti secara inklusif di Taarana.

MEMPERKASA KETERANGKUMAN DAN PENCAPAIAN
Pemerkasaan yang sebenar di Taarana melampaui aktiviti fizikal di padang. Dengan menyediakan persekitaran di mana semua kebolehan dirai, Taarana terus komited dalam memupuk rasa autonomi dan harga diri dalam diri setiap pelajar.
Vidya Anandan, selaku Ketua Yayasan RYTHM berkata, “Keterangkuman bukan usaha yang dilakukan dalam sehari. Ia adalah komitmen berterusan untuk membina sistem yang mengiktiraf dan menyokong potensi setiap individu. Melalui inisiatif seperti Hari Sukan Tahunan Taarana, kita berusaha mencipta platform untuk setiap anak, bagi menggalakkan untuk mengambil bahagian, mengekspresikan diri mereka, dan bersinar dengan cara unik mereka sendiri, sambil membentuk masyarakat yang lebih inklusif dan penyayang.”
Bagi keluarga Rayden Lai, menyokong Rayden seperti program hari ini telah menjadi aktiviti tahunan bagi keluarga mereka. “Momen seperti ini sangat bermakna kepada keluarga kami. Melihat anak kami mengambil bahagian dengan penuh keyakinan mengukuhkan betapa pentingnya ruang inklusif seperti Taarana, bukan hanya untuk mereka, tetapi juga untuk keluarga seperti kami,” kata ibu Rayden, Carmen Lai.

Hari Sukan Taarana melabuhkan tirainya hari ini. Jelas bahawa, sama ada melalui kesabaran seorang guru atau ketabahan seorang pelajar, setiap insan yang hadir merupakan tonggak kepada masa depan negara yang lebih inklusif.
Inklusiviti bukan sekadar matlamat, tetapi suatu pengalaman yang perlu dihayati sepenuhnya, dan setiap sorakan serta pencapaian yang diraih sepanjang hari ini membuktikan hakikat tersebut.
Tema “Guardians of the Nation” kekal sebagai peringatan yang kukuh bahawa kekuatan sebenar sesebuah komuniti terletak pada keupayaannya untuk melindungi maruah setiap ahlinya, memastikan tiada seorang pun tercicir dalam perjalanan menuju masa depan yang lebih penyayang dan inklusif.