Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kenyataan tersebut diumumkan selepas pemain pertahanan itu mengalami masalah kesihatan dan tidak dapat meneruskan perjuangan bagi menghadapi pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023 pada 8 hingga 14 jun nanti.
“Keputusan ini terpaksa dibuat selepas Syahmi yang dibawa ke hospital untuk ujian perubatan, pagi tadi kerana masalah sinus dialaminya semakin teruk telah mendapat nasihat daripada doktor pakar untuk beliau menjalani rawatan susulan dalam kadar segera.
“Kami di barisan kejurulatihan dan pasukan perubatan pasukan yang sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan pemain telah bersetuju untuk melepaskan Syahmi daripada kem latihan pusat kali ini supaya beliau dapat kembali pada tahap kesihatan terbaik selepas ini,” katanya.
Difahamkan, walaupun ketiadaan Syahmi di posisi pertahanan, baki 29 pemain lain masih lagi akan meneruskan ‘tugas’ mereka di kem latihan pusat itu.
“Semoga cepat sembuh, Syahmi!” tambah Kim dalam kenyataan tersebut.
Sementara esok, skuad kebangsaan akan turun berdepan Hong Kong dalam perlawanan Antarabangsa Tier 1 dan difahamkan tiada panggilan pemain untuk menggantikan tempat yang ditinggalkan Syahmi buat masa ini.
