Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Susut Kira-kira RM66 Bilion Sepanjang Oktober, Harta Elon Musk 'Cuma' Tinggal RM3.85 Trilion

Harta Elon Musk
Gambar: AFP

Kekayaan Elon Musk dilapor menyusut kira-kira $16.5 bilion (RM66.80 bilion) sepanjang Oktober, lapor Forbes menerusi senarai The World’s Real-Time Billionaires.

Bagaimanapun, situasi tersebut tidak menggugat status Musk sebagai Manusia Terkaya Di Dunia selepas kekayaan semasa beliau dianggarkan mencecah $916.8 bilion (RM3.85 trilion).

Angka tersebut jauh meninggalkan Jeff Bezos yang berada di tangga kedua dalam senarai itu, yang merekodkan kekayaan dianggarkan bernilai kira-kira $364.4 bilion (RM1.48 trilion).

Menurut Forbes, kekayaan dimiliki Bezos juga susut kira-kira $4.7 bilion (RM19.03 bilion) sepanjang Oktober.

Selain Musk dan Bezos, kekayaan tiga lagi bilionaire dalam kalangan Top 5 senarai tersebut turut menunjukkan penurunan sepanjang tempoh yang sama.

Kekayaan Michael Dell yang berada di tangga ketiga, susut sebanyak $19.4 bilion (RM78.61 bilion) menjadi $246.7 bilion iaitu bersamaan kira-kira RM999.70 bilion.

Manakala kekayaan pengasas bersama Google, Lary Page pula susut sebanyak $46.3 bilion (RM187.62 bilion) sepanjang Oktober, menjadikan kekayaan semasanya adalah $235.9 bilion (RM955.94 bilion).

Sergey Brin yang berada di tangga kelima merekodkan kekayaan berjumlah $217.2 bilion (RM880.16 bilion) selepas mengalami penyusutan sebanyak $42.5 bilion (RM172.22 bilion).

Elon Musk jadi trillionaire pertama dunia

Terdahulu pada Jun, Musk muncul sebagai trillionaire pertama selepas SpaceX mula didagangkan di bursa saham Amerika Syarikat, NasDaq.

Status berkenaan bagaimanapun bertahan untuk tempoh yang singkat selepas nilai saham SpaceX dan Tesla dilapor menjunam beberapa hari kemudian.

Gelaran itu sekali lagi menjadi milik Musk pada Isnin, 5 Oktober lepas apabila kekayaannya menokok sebanyak $30.6 bilion menjadi $1.04 trilion (RM4.21 trilion) selepas pasaran saham ditutup pada Jumaat sebelumnya.

Sumber:Forbes
Intipati
  • Kekayaan Elon Musk dilapor susut kira-kira RM66.80 bilion sepanjang Oktober, menurut Forbes.
  • Musk kekal manusia terkaya dunia dengan kekayaan semasa dianggarkan RM3.85 trilion.
  • Jeff Bezos, Michael Dell, Larry Page dan Sergey Brin turut mencatatkan penyusutan kekayaan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan