Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jenama susu kegemaran Malaysia menyeru semua rakyat Malaysia melakukan kebaikan sempena Kempen Goodday Berkat Sepakat.
Bulan Ramadhan yang mulia telah tiba dan ini adalah masa bagi rakan Muslim kita bersemangat untuk melakukan kebaikan dengan bersedekah dan #kongsirezeki. Sementara kita mencari cara untuk melakukan kebaikan, usah kita lupa bahawa terdapat banyak cara untuk berkongsi amalan sedekah selain dengan wang ringgit.
Salah satu jenama susu kegemaran Malaysia sejak 1968, Susu Goodday kembali dengan inisiatif Ramadhan terbaru mereka, Kempen Goodday Berkat Sepakat untuk mewujudkan platform yang membolehkan semua orang melakukan kebaikan berdasarkan kemampuan mereka dengan menderma barangan, masa dan kemahiran.
Dengan mematuhi komponen utama inisiatif ini, “Sekecil usaha, Sebesar makna”, Susu Goodday membuktikan bahawa selain daripada sumbangan kewangan, ia juga turut datang dalam pelbagai bentuk dan saiz kerana mereka percaya bahawa kebaikan yang terbaik datang dari kebaikan yang diberikan secara menyeluruh dan sebaik mungkin daripada diri anda sendiri.
Sertai Tapak Berkat Susu Godday (‘Free Market’) Ramadan Ini Dengan Menyumbang Masa dan Kemahiran Anda ! Melalui kerjasama dengan ERA FM dan GEGAR FM, Susu Goodday akan menganjurkan ‘FREE MARKET’ khusus dengan pelbagai ‘kindness stations’ yang diadakan di Lembah Klang, Selatan dan Pantai Timur Malaysia sepanjang bulan Ramadhan demi golongan yang tidak berkemampuan.
Bagi mereka yang berminat untuk menyumbang masa sebagai ahli sukarela di stesen-stesen kebaikan, berkongsi kebaikan dengan memberi sumbangan barangan (pakaian, makanan), atau mahu menyumbang kemahiran seperti mendandan rambut atau menjahit, anda boleh layari https://bm.syok.my/oap/2022/goodday-berkat-sepakat-bersama-era-gegar/utama untuk mendaftar sumbangan dalam bentuk barang, masa atau kemahiran!
Kempen Goodday Berkat Sepakat akan berlangsung dari 2.00 petang hingga 6.00 petang pada waktu dan tarikh yang berikut di seluruh Malaysia :
Untuk maklumat lebih lanjut tentang Kempen Goodday Berkat Sepakat, sila layari laman kempen Susu Goodday di Syok (https://bm.syok.my/oap/2022/goodday-berkat-sepakat-bersama-era-gegar/utama) atau laman Facebook Susu Goodday (www.facebook.com/gooddaymilkmalaysia).