Skuad sepak takraw berpasukan negara membuka kempen Sukan Asia Aichi Nagoya 2026 dengan langkah kanan selepas menewaskan Jepun 3-0 di Gimnasium Bandar Nagoya sebentar tadi.
Regu pertama yang dibarisi Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Farhan Adam tampil meyakinkan apabila menghadiahkan mata pertama buat Malaysia menerusi kemenangan straight set 15-11, 15-11.
Rentak cemerlang itu kemudian diteruskan regu kedua apabila skuad kendalian Ahmad Jais Baharun mendominasi perlawanan sebelum memastikan kemenangan buat negara.
Memasuki aksi regu ketiga, Jepun sempat memberi tentangan apabila mencuri set pertama 15-13 ketika gandingan Hafizul Hayazi Adnan, Amirul Zazwan Amir dan Zarif Marican Ibrahim Marican cuba mendapatkan rentak permainan.
Skuad Takraw Negara Bantai Jepun
Bagaimanapun, kelebihan tuan rumah tidak bertahan lama apabila wakil negara bangkit dengan kemenangan selesa 15-5 pada set kedua.
Malaysia kemudian menutup aksi dengan bergaya selepas memenangi set penentuan 15-6, sekali gus melengkapkan kemenangan 3-0 ke atas Jepun.
Keputusan itu meletakkan Malaysia di tangga teratas Kumpulan B.
Selepas ini, skuad negara dijadualkan berdepan India dan Filipina dalam usaha memburu tempat ke peringkat seterusnya.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih pingat emas acara berpasukan sepak takraw di Sukan Asia adalah pada edisi 1990 di Beijing, China.

