Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Suami Nancy Pelosi Dipenjara, Mengaku Bersalah Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol

suami nancy pelosi dijatuhi hukuman penjara
Gambar: NBC News/ Wall Street Journal

Suami Nancy Pelosi Dipenjara, Mengaku Bersalah Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol

Suami kepada Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi dilaporkan telah dijatuhi hukuman penjara selama lima hari selepas mengaku bersalah memandu dalam keadaan mabuk.

Memetik laporan BBC, Paul Pelosi, 82, mengaku memandu di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kecederaan dalam kemalangan di Napa County, California pada Mei 2022.

Pengakuannya itu sekaligus membebaskan jutawan terbabit daripada tuduhan yang lebih serius. Dia tidak akan menjalani hukuman penjara dalam tempoh yang lebih lama seperti yang telah ditetapkan.

Gambar: Wall Street Journal

Difahamkan, malam yang dihabiskannya di dalam penjara selepas nahas pada 28 Mei itu akan dikira selama dua hari.

Manakala, dua hari lagi telah diambil kerana dia berkelakuan baik dan baki sehari lagi akan memperlihatkannya melakukan khidmat masyarakat selama lapan jam.

Paul juga akan diletakkan dalam tempoh percubaan selama tiga tahun, dikehendaki menghadiri kursus tiga bulan mengenai pemanduan mabuk dan perlu membayar sekitar $7,000 (RM31,412) sebagai ganti rugi.

Lesen memandunya pula tidak akan dilucutkan tetapi Paul dikehendaki menggunakan alat pada kereta yang memerlukan ujian sampel nafas alkohol dilakukan sebelum enjin boleh dihidupkan.

Dalam kejadian pada Mei lalu itu, nahas tersebut berlaku selepas dia meninggalkan rumah rakan lamanya.

Menurut laporan polis, kereta Porshe 2021 berwarna hitam miliknya telah merempuh jeep pemandu lain berhampiran rumahnya.

Kedua-dua kenderaan itu dilaporkan musnah dalam kejadian tersebut.

Gambar: Getty Images

Ketika itu, Nancy berada di Rhode Island untuk menyampaikan ucapan tamat pengajian di Universiti Brown.

Berkahwin dengan Paul sejak tahun 1963, Nancy melalui pejabatnya enggan memberikan sebarang komen mengenai kejadian itu dan mengatakan bahawa ia adalah ‘hal peribadi’.

BACA JUGA: Pesawat Bawa Pelosi Didakwa Mengelak Lalu Ruang Udara Laut China Selatan, Dah Sampai Taiwan

Sumber: BBC