Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

STING Semarakkan Musim Perlumbaan Sebagai Rakan Kerjasama Rasmi Formula 1®

Apakah bunyi Formula 1®? Bagi STING, ia adalah deruman yang penuh kelajuan, tenaga dan laungan ikonik “STINGGGGGG” yang cukup ikonik. Sebagai Rakan Rasmi Formula 1®, minuman STING Energy Boost™ daripada PepsiCo kini membawa kerjasama sukan permotoran globalnya ke Malaysia buat kali pertama menerusi “F1® Sounds Like STING”, sebuah kempen musim perlumbaan yang meraikan bunyi dan kemeriahan Formula 1®.

Menjelang aksi FORMULA 1 GULF AIR BAHRAIN GRAND PRIX 2026 di Malaysia, STING memberikan rakyat Malaysia pelbagai peluang untuk merasai pengalaman Formula 1® dengan lebih dekat menerusi aktiviti pengguna yang penuh tenaga, promosi menarik serta peluang untuk memenangi tiket ke perlumbaan. Di Singapura, STING turut akan menjadi rakan rasmi dengan hak penyajian minuman, sekali gus mengukuhkan kehadiran jenama ini dalam Formula 1® di kedua-dua pasaran.

Membawa Semangat Global Formula 1® Bertaraf Global kepada Peminat Tempatan

Kehadiran STING di Malaysia dan Singapura merupakan sebahagian daripada kerjasama global berbilang tahun antara PepsiCo dan Formula 1®, yang menyatukan dua jenama yang cukup sinonim dengan tenaga, keterujaan dan generasi peminat yang sentiasa bergerak pantas.

“Formula 1® merupakan antara pentas sukan terbesar di dunia, dan kerjasama ini membuka peluang menarik untuk STING mendekati pengguna menerusi sesuatu yang sememangnya menjadi minat mereka,” kata Aditya Sheoran, Pengurus Besar Malaysia, Filipina dan Singapura (MYPHSG), PepsiCo.

“Bagi Malaysia, kerjasama ini amat bermakna kerana ia menandakan kali pertama STING hadir dengan aktivasi Formula 1® berskala besar di negara ini.” Kami ingin membawa skala kerjasama global ini ke peringkat tempatan menerusi pengalaman yang boleh dinikmati oleh para peminat, sambil terus menyemarakkan keterujaan terhadap Formula 1® di Malaysia dan Singapura.”

STING Semarakkan Tenaga Musim Perlumbaan dari Malaysia ke Singapura

Momentum Formula 1® akan diteruskan di Malaysia dan Singapura, sekali gus meraikan budaya perlumbaan di rantau ini serta mendekatkan STING kepada para peminat sepanjang musim.

Di Singapura, STING akan memiliki hak penyajian minuman sebagai rakan rasmi, dengan mengukuhkan kehadiran jenama ini dalam salah satu acara Formula 1® yang paling dinanti-nantikan di rantau ini. Para peminat juga boleh menantikan kempen Formula 1® STING yang lebih menyeluruh, termasuk pek F1® edisi terhad serta “The Sting Within Me”, lagu tema berinspirasikan F1® yang dihasilkan bersama DJ dan penerbit muzik antarabangsa, Alan Walker.

Kemuncak kempen ini akan berlangsung di FORMULA 1 GULF AIR BAHRAIN GRAND PRIX 2026 di Litar Antarabangsa Sepang, dengan STING hadir sepanjang hujung minggu perlumbaan. Para peminat juga berpeluang menikmati dan membeli STING serta jenama PepsiCo yang lain di sekitar litar, dengan sokongan rakan F&B yang menyediakan produk PepsiCo sepanjang acara berlangsung.

“Sebagai Rakan Rasmi Formula 1®, kami ingin memberi para peminat peluang untuk merasai sendiri pengalaman daripada kerjasama bertaraf global ini, dengan memastikan produk kami mudah didapati di mana sahaja mereka mengikuti perlumbaan,” kata Joy Goh, Ketua Francais Malaysia dan Singapura, PepsiCo. “

“Menerusi sokongan rakan F&B dan vendor kami di Litar Antarabangsa Sepang, para peminat boleh menikmati STING serta jenama PepsiCo yang lain sepanjang hujung minggu perlumbaan. Inisiatif ini turut membuka peluang untuk kami memperkukuh kehadiran STING di litar, sambil membantu rakan niaga kami menyediakan pengalaman yang lebih menarik buat para pengunjung.”

F1® Sounds Like STING

Menjelang hujung minggu perlumbaan, kempen ini akan dibawakan kepada pengguna di Malaysia menerusi pelbagai aktiviti dan platform. Pengguna boleh menyertai siri pengalaman berinspirasikan Formula 1®, daripada menghidupkan enjin kereta lumba dengan laungan “STINGGGG!” paling kuat menerusi permainan Sting Speed Rush, hinggalah menari mengikut rentak lagu STING oleh Alan Walker dalam cabaran tarian interaktif.

Para peminat juga boleh merakam detik menarik berinspirasikan perlumbaan di ruang foto STING, sambil menikmati sesi pemberian sampel produk sepanjang aktivasi berlangsung.

Menambahkan lagi keterujaan, STING turut menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman perlumbaan dengan lebih dekat.

Bermula 30 September, pendengar ERA FM boleh menyertai cabaran “Longest STINGGGGGG” dengan menguji tenaga dan ketahanan nafas mereka untuk merebut peluang memenangi tiket ke FORMULA 1 GULF AIR BAHRAIN GRAND PRIX 2026 di Malaysia.

“Formula 1® sememangnya membawa tenaga yang luar biasa ke Malaysia, dan kami mahu STING menjadi sebahagian daripada debaran itu,” kata Jennifer Lee, Ketua Pemasaran Malaysia dan Singapura, PepsiCo.

“Menerusi ‘F1® Sounds Like STING’, kami melancarkan kempen yang meraikan bunyi, kelajuan dan momen spontan yang yang menjadi sebahagian daripada keterajuan peminat sepanjang hujung minggu perlumbaan. Daripada cabaran ‘Longest STINGGGGGG’ hinggalah pengalaman yang direka untuk menaikkan semangat peminat sebelum mereka tiba di Sepang, kami mahu memastikan kemeriahan Formula 1® terus dirasai sepanjang musim, bukan hanya pada hari perlumbaan.”

Maklumat lanjut mengenai aktivasi Formula 1® STING yang akan datang di Malaysia dan Singapura akan diumumkan sepanjang musim perlumbaan. Untuk perkembangan terkini, ikuti STING Malaysia di Instagram dan Facebook, atau layari laman web STING.