Dunia penuh warna Care-A-Lot kini hadir dalam koleksi kasut terbaharu menerusi kerjasama Skechers x Care Bears, yang menggabungkan elemen nostalgia dengan gaya serta keselesaan ikonik Skechers.
Kerjasama antara Skechers, peneraju kasut gaya hidup dan prestasi global, bersama Cloudco Entertainment itu menampilkan karakter popular Care Bears dalam rangkaian Foamies® dan sneakers untuk wanita, kanak-kanak perempuan serta kanak-kanak kecil.
Mengangkat tema kasih sayang, perpaduan dan persahabatan yang menjadi identiti Care Bears, koleksi ini turut memberi peluang kepada peminat lama mengimbau kembali zaman kanak-kanak, selain memperkenalkan karakter Beary Besties kepada generasi baharu.
Menjelang ulang tahun ke-45 Care Bears, koleksi ini hadir dengan pelbagai rekaan berwarna-warni yang dihiasi karakter kegemaran, elemen berkilauan serta ciri lampu yang menyala ketika kasut dipakai.
Dalam masa sama, Skechers turut melengkapkan koleksi tersebut dengan teknologi keselesaan seperti Skechers Air-Cooled Memory Foam®, tapak luar fleksibel, bahagian atas EVA kalis air dan pelbagai ciri lain mengikut model.
Menurut Presiden Skechers, Michael Greenberg, nostalgia terhadap Care Bears masih kuat dalam kalangan orang dewasa yang membesar bersama mesej kasih sayang, perpaduan dan rasa selamat yang dibawa oleh karakter tersebut.
Katanya, nilai berkenaan dilihat selari dengan misi Skechers untuk memberikan keselesaan kepada pengguna.
Sementara itu, Ketua Pelesenan Global Cloudco Entertainment, Robert Prinzo berkata, Skechers sememangnya mempunyai daya tarikan kepada pengguna daripada pelbagai peringkat umur, sekali gus menjadikannya rakan kerjasama yang sesuai untuk Care Bears.
Foamies® Care Bears Untuk Gaya Lebih Ceria
Bagi wanita, koleksi ini menampilkan dua model Foamies® iaitu Foamies® Max Cushioning dan Foamies® Surge.
Kedua-duanya hadir dengan elemen Care Bears yang ceria serta dilengkapi ciri anti-bau, boleh dicuci menggunakan mesin basuh dan tapak luar fleksibel untuk memberikan keselesaan ketika bergerak.
Foamies® Max Cushioning — RM299
Model ini menampilkan karakter Cheer Bear, Good Luck Bear, Grumpy Bear, Funshine Bear, Share Bear dan Sweet Dreams Bear dalam pelbagai gaya comel pada bahagian sisi kasut.
Ia ditawarkan dalam warna Pink, Lavender dan White.
Foamies® Surge — RM259
Rekaan clog ini dihiasi elemen seperti pelangi, bintang, matahari dan awan, selain karakter Cheer Bear, Funshine Bear, Grumpy Bear dan Sweet Dreams Bear pada bahagian tali.
Pilihan warna yang tersedia ialah Lavender, Blue dan Pink.
Untuk kanak-kanak perempuan pula, Foamies® Swifters — RM199 hadir dengan tali berwarna pelangi serta hiasan karakter Care Bears. Model ini menggunakan bahagian atas EVA kalis air dan dilengkapi elemen lampu yang menyala ketika bergerak.
Ia ditawarkan dalam warna Yellow, Purple dan Pink.
Enam Rekaan Sneakers Untuk Si Kecil
Selain Foamies®, koleksi Skechers x Care Bears turut menampilkan enam model sneakers untuk kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak kecil.


Antaranya ialah siri Hugs N Snugs, UNO Lite dan Twinkle Toes®, masing-masing menampilkan elemen Care Bears yang berbeza.
Hugs N Snugs — RM279 (Kanak-kanak perempuan)
Lil Snugs — RM259 (Kanak-kanak kecil)
Kedua-dua model hadir dengan corak pelangi berkilauan serta grafik karakter Care Bears pada bahagian sisi.
Model Hugs N Snugs turut dilengkapi ciri lampu yang menyala ketika bergerak, manakala Lil Snugs mengekalkan rekaan yang sama tanpa ciri lampu.
Beary Friends — RM279 (Kanak-kanak perempuan)
Bear Spirit — RM259 (Kanak-kanak kecil)
Menerusi siri Skechers Street™ x Care Bears: UNO Lite, kedua-dua model menampilkan rekaan lebih bergaya dengan butiran Care Bears pada bahagian kolar dan lidah kasut.
Beary Friends hadir dengan rekaan monokrom, hiasan tali bertemakan Care Bears dan aksesori berbentuk wajah beruang.
Bear Spirit pula menampilkan lapisan dalaman bercorak warna-warni, aksesori tali dengan karakter Care Bears serta rekaan yang memudahkan pemakaian.
Forever Care Bears — RM299
Beary Friendly — RM279
Bagi siri Skechers Twinkle Toes® x Care Bears: Twinkle Sparks, kedua-dua model hadir dengan penutup kaki dihiasi rhinestone yang menyala, tapak dalam berkusyen dan tapak luar fleksibel.


Beary Friendly menampilkan corak Care Bears pada keseluruhan bahagian atas kasut, manakala Forever Care Bears hadir dengan kemasan berkilauan, corak Care Bears serta perincian berbentuk hati dan bintang.
Kedua-duanya turut direka dengan ciri Skechers yang memudahkan pemakaian dan penanggalan kasut.
Kini Boleh Didapati Di Malaysia
Dengan harga bermula RM199, koleksi Skechers x Care Bears kini boleh didapati di seluruh negara di kedai terpilih Skechers Concept Stores, termasuk 1 Utama Shopping Centre, Pavilion Bukit Jalil, Pavilion KL, Sunway Pyramid, Suria KLCC Mall dan The Exchange TRX Mall.
Koleksi berkenaan turut boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman rasmi Skechers Malaysia.
