Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jenama kasut global Skechers terus mengorak langkah kreatif apabila memperkenalkan kolaborasi pertama Asia-Pasifik menerusi inisiatif SkechVibe kali ini bersama ilustrator terkenal Korea Selatan, Lee Min Kyung atau lebih dikenali sebagai drawingmary (@drawingmary).
Kolaborasi ini merupakan kesinambungan kepada usaha SkechVibe tahun lalu yang menampilkan artis tempatan di seluruh Asia Tenggara. Untuk edisi terbaharu ini, SkechVibe x drawingmary dilancarkan serentak di rantau Asia-Pasifik, sekali gus menandakan fasa baharu yang lebih segar dan berwarna-warni.
Menjadi nadi utama koleksi ini ialah Unisex Knit Short Sleeve Tee yang hadir dengan enam rekaan unik, diinspirasikan daripada bandar-bandar di rantau ini termasuk Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam, Korea Selatan dan Hong Kong. Setiap rekaan mengetengahkan elemen lokal yang dihidupkan dengan gaya ilustrasi drawingmary yang penuh kehangatan dan ceria.

Menariknya, koleksi ini turut menampilkan karakter ikonik beliau iaitu “Mary” dan anjing kesayangannya “Day”. Interaksi harian antara dua watak ini membawa mesej persahabatan, keselesaan dan ketenangan selari dengan konsep utama SkechVibe itu sendiri.
Melengkapkan koleksi apparel ini adalah Unisex Tote Bag yang ditawarkan dalam dua pilihan warna. Beg ini menggabungkan kesemua motif enam bandar dalam satu ilustrasi taman yang bersambung, menjadikannya unik dan penuh cerita.

Selain itu, Skechers turut memperkenalkan Skechers Cali Bits aksesori ‘snap-on’ berbentuk Mary dan Day yang boleh dipadankan pada kasut Skechers Foamies®, memberikan sentuhan peribadi yang lebih playful kepada pemakai.
Koleksi SkechVibe x drawingmary ini ditawarkan pada harga bermula RM59 dan kini boleh didapati di beberapa Skechers Concept Store terpilih seperti Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Kuala Lumpur, Suria KLCC, The Exchange TRXserta 1 Utama Shopping Centre.
Orang ramai juga boleh mendapatkan koleksi ini secara dalam talian menerusi laman rasmi Skechers di skechers.com.my.