Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Singapura Asingkan Dua Penduduk, Disyaki Terdedah Dengan Hantavirus

Fazidi
singapura hantavirus
HV Hondius berlabuh berdekatan Pelabuhan Praia, Cape Verde | Gambar AFP

Singapura Asingkan Dua Penduduk, Disyaki Terdedah Dengan Hantavirus

Dua penduduk Singapura yang menaiki kapal persiaran MV Hondius diasingkan di Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID) untuk menjalani ujian hantavirus.

“Keputusan ujian mereka masih belum diperoleh. Seorang mengalami hidung berair namun berada dalam keadaan baik.

“Manakala seorang lagi tidak menunjukkan sebarang simptom,” kata Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) Singapura pada Khamis.

CDA memaklumkan bahawa pihaknya menerima notifikasi pada 4 Mei dan 5 Mei bahawa dua individu terbabit berada di atas kapal MV Hondius ketika kapal itu berlepas dari pelabuhan Ushuaia di Argentina pada 1 April lalu.

Kapal berkenaan kemudian dilaporkan mengalami penularan Andes hantavirus.

Individu pertama, seorang warga Singapura berusia 67 tahun, tiba di Singapura pada 2 Mei, manakala individu kedua, seorang pemastautin tetap Singapura berusia 65 tahun, tiba pada 6 Mei.

Menurut CDA lagi, kedua-dua lelaki itu turun dari kapal berkenaan dan turut menaiki penerbangan yang sama dengan satu kes hantavirus yang disahkan dari St Helena ke Johannesburg pada 25 April lalu.

Bagaimanapun, CDA memaklumkan bahawa kes disahkan itu tidak melakukan perjalanan ke Singapura dan meninggal dunia di Afrika Selatan.

Sehingga Rabu, sebanyak lapan kes termasuk tiga kematian dikaitkan dengan kluster di kapal persiaran tersebut.

Tiga daripada kes berkenaan disahkan dijangkiti hantavirus manakala selebihnya masih dalam siasatan.

CDA berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ketika ini menilai risiko penularan virus itu kepada populasi global sebagai rendah.

Sumber:CNA