Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Azlinda Azman berkata tidak timbul isu pengiktirafan silibus UEC apabila pihaknya mengumumkan mengenai kemasukan pelajar luar sistem pendidikan kebangsaan semalam.
"Apa yang dimaksudkan dengan aliran di luar sistem pendidikan kebangsaan adalah institusi yang tidak mengikuti kurikulum kebangsaan seperti sekolah atau institusi tahfiz dan Sekolah Menengah Persendirian Cina iaitu SMPC atau UEC.
"Laluan melibatkan calon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penuh.
"Dalam hal ini, calon boleh memohon kemasukan ke IPTA seperti biasa yang telah pun berlaku bertahun-tahun melalui sistem UPUOnline berdasarkan merit, syarat am dan syarat khas program yang telah ditetapkan oleh IPTA masing-masing," katanya dalam satu sidang media pada Jumaat.
Menurutnya lagi, kerajaan juga ingin menjelaskan bahawa kemasukan calon dalam aliran di luar sistem pendidikan kebangsaan mestilah mempunyai kelayakan dari institusi masing-masing serta memiliki SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Sejarah sebagaimana yang telah diputuskan.
"Jadi ini bukan tentang pengiktirafan, yang penting kita memberi laluan tersebut.
"Dalam pemilihan pelajar itu nanti, universiti mengikut syarat-syarat dan kriteria dia akan menilai pelajar-pelajar," katanya.