Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sila Duduk Di Rumah Dalam Tempoh 2 Minggu Ini Jika Tiada Keperluan Untuk Keluar – KKM

Sekiranya seluruh rakyat negara ini tidak keluar rumah kecuali bila perlu sahaja selama tempoh dua minggu ini, rantaian Covid-19 dapat diputuskan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi hantaran di Twitter, memohon kerjasama semua rakyat untuk berbuat demikian demi mengawal penularan wabak Covid-19.

”Sila duduk di rumah dalam tempoh dua minggu ini (jika tiada keperluan untuk keluar). Jika kita berjaya lakukannya, nescaya kita mampu memutuskan rantaian Covid-19 di negara kita,” menurut KKM.

Setakat hari ini, negara telah mencatatkan 28,640 kes positif Covid-19 dengan 238 kematian.

Sumber: KKM Malaysia