Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Seorang wanita berusia 100 tahun kini menjadi perhatian dunia selepas kisahnya tular di Piala Dunia 2026.
Peminat tegar Lionel Messi itu mencuri tumpuan apabila muncul di stadium dengan membawa mesej istimewa buat kapten Argentina tersebut.
Ia termasuk satu mesej menghiburkan buat penonton iaitu lamaran perkahwinan.
Wanita yang dikenali sebagai Pauline Kana atau lebih popular dengan gelaran “Granny Smith” dan “Gangster Granny” merupakan pencipta kandungan media sosial yang memiliki jutaan pengikut di Instagram dan TikTok.
Dia sering mencuri perhatian dengan video kehidupan hariannya yang santai dan penuh humor selain kerap muncul bersama cucunya Ross Smith dalam kandungan kreatif mereka.
Dengan personaliti yang ceria dan bertenaga, Pauline berjaya membina komuniti digital yang besar dan setia. Walaupun sudah mencecah usia satu abad beliau masih aktif menghiburkan jutaan pengikut di seluruh dunia.
Nama Pauline bukanlah asing dalam kalangan peminat Messi. Sejak beberapa tahun lalu dia sering mengikuti perkembangan karier bintang Argentina itu dan turut hadir ke stadium untuk menyaksikan aksi secara langsung.

Ketika perlawanan antara Argentina dan Austria Pauline sekali lagi menjadi perhatian apabila hadir memakai jersi Argentina sambil memegang sepanduk yang meluahkan kekagumannya terhadap juara dunia tersebut.
Detik itu pantas tular di media sosial dan mencuri hati ramai peminat.
Menariknya, Pauline sebelum ini beberapa kali menjadi "viral" kerana keberaniannya meluahkan rasa cinta terhadap Messi termasuk membawa sepanduk lamaran perkahwinan yang pernah mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak.
Antara yang paling ikonik pernah tertulis ialah “Messi will you marry me”, satu mesej yang pantas menjadi tular di media sosial dan sekali gus mengukuhkan lagi reputasinya sebagai salah seorang penyokong paling setia dan unik kepada bintang Argentina itu.

Kisah Pauline Kana ini bukan sahaja mencerminkan pengaruh besar Lionel Messi di seluruh dunia tetapi juga menunjukkan bagaimana bola sepak mampu menyatukan manusia tanpa mengira usia budaya dan latar belakang.
Ketika Argentina meneruskan cabaran di Piala Dunia 2026 kehadiran “Granny Smith” di stadium terus menceriakan suasana menjadi bukti bahawa semangat dan cinta terhadap sukan boleh kekal sepanjang hayat.