Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tabung Haji (TH) menerusi satu kenyataan berkata jemaah lelaki berusia 70 tahun itu meninggal dunia pada Isnin akibat serangan jantung.
"Jemaah berasal daripada Senggarang, Johor dan hadir bersama isteri ke Tanah Suci.
"Allahyarham merupakan jemaah yang dibawa oleh Syarikat Pengelola Jemaah Haji daripada kumpulan KT34 dan menginap di Hotel Elaf Al Bait di Makkah," katanya.
TH berkata Allahyarham telah disahkan meninggal dunia di Hospital Ajiyad pada jam 6.16 petang.
"Jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat Subuh dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea di Makkah.
"TH mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham," ujarnya lagi.