Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Seorang Jemaah Haji Wanita Meninggal Dunia Di Makkah

Athirah
Jemaah Haji
Kredit: Tabung Haji

Seorang Jemaah Haji Wanita Meninggal Dunia Di Makkah

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memaklumkan bahawa seorang jemaah haji wanita bagi Musim Haji 1447H/2026M telah meninggal dunia pada 17 Mei lalu.

Menerusi kenyataan TH, jemaah berusia 63 tahun itu berasal dari Setiu, Terengganu dan sedang menunaikan ibadah haji bersama suaminya.

Allahyarhamah merupakan jemaah daripada kumpulan KT19 dan menginap di Hotel Abraj Al-Janadriyah.

Difahamkan, Allahyarham disahkan meninggal dunia di Hospital King Faisal kira-kira jam 5.53 pagi akibat serangan jantung.

Jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disolatkan selepas solat Asar sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea di Makkah.

"TH mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham," ujar kenyataan lagi.