“Selebihnya tu nak buat apa eh?”, Terhibur Netizen Pula Tolong 'Jawab' Tempat Kosong
Lazimnya, papan tanda di tepi jalan dipasang bagi menyampaikan maklumat penting kepada pengguna jalan raya, sama ada berkaitan arah, amaran, keselamatan mahupun peringatan tertentu.
Disebabkan itu, kebanyakan papan tanda direka dengan tulisan, simbol yang jelas dan ringkas supaya mesej dapat difahami dengan cepat, terutama ketika seseorang sedang memandu.
Namun, ada kalanya reka bentuk atau susunan sesuatu papan tanda boleh membuatkan orang ramai tertanya-tanya.
Itulah yang berlaku menerusi satu perkongsian di media sosial baru-baru ini apabila seorang pengguna berkongsi gambar sebuah papan tanda berwarna kuning yang memaparkan ayat “Terima Kasih Kerana Berhati-Hati” pada bahagian atasnya.
Melihat ruang kosong yang begitu besar di bawah tulisan tersebut, pengguna berkenaan berseloroh;
“Yang selebihnya tu nak buat apa eh?”

Netizen Pula ‘Sibuk’ Isi Ruang Kosong
Siapa sangka, pertanyaan ringkas itu kemudiannya mengundang perhatian netizen yang nampaknya hadir dengan kreativiti luar kotak menerusi pelbagai suntingan mencuit hati.
Seperti biasa, apabila ‘diserahkan’ kepada kreativiti warga maya, macam-macam idea mula muncul.
Ada yang menyunting papan tanda tersebut dengan menambah pelbagai tulisan, manakala tidak kurang juga yang menghasilkan suntingan di luar jangkaan.
Berikut antara suntingan mencuti hati netizen;



Belum habis di situ, semakin ramai pula tampil dengan versi masing-masing selepas melihat ruang kosong pada papan tanda berkenaan.
Malah, ada juga hasil suntingan yang cukup ‘random’ sehingga membuatkan pengguna lain terhibur melihatnya.



