Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Secara Purata, Perokok Mati 10 Tahun Lebih Awal Dari Bukan Perokok – Jurnal

Gaya hidup merokok memberikan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan tetapi ramai yang tidak mampu menghilangkan ketagihannya.

Iklan

Kesan daripada merokok bukan sahaja boleh menyebabkan serangan jantung, strok dan kanser paru-paru, tetapi boleh mengganggu kesuburan pasangan.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), secara purata, perokok mati 10 tahun lebih awal dari bukan perokok.

Malah, berdasarkan statistik, 43% golongan lelaki dianggarkan mempunyai tabiat merokok di Malaysia dan jumlah ini telah melebihi peratusan perokok di negara maju seperti di Britain (19.9%), Amerika Syarikat (19.5%) dan Sweden (20.4%).

Oleh itu, KKM menyeru orang ramai untuk berhenti merokok dengan mengamalkan enam langkah seperti di bawah di samping mendapatkan khidmat berhenti merokok di klinik kesihatan berhampiran.

Sumber: KKM Portal MyHealth