Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sebak, Anak 'Bukukan' Perjalanan Hidup Ibu Dalam Video AI Sempena Hari Lahir

Adib Haiqal
Hidup Ibu Dalam Video AI
Kredit: Franklin Miano via Facebook

Sebak, Anak 'Bukukan' Perjalanan Hidup Ibu Dalam Video AI Sempena Hari Lahir

Dalam era teknologi yang semakin pesat, kecerdasan buatan (AI) kini bukan sahaja digunakan dalam kerja dan pendidikan, malah turut menyentuh kehidupan peribadi dan kekeluargaan.

Ia membuka ruang baharu dalam cara manusia berkongsi emosi serta mengimbau kenangan lama dengan lebih kreatif.

Penggunaan AI juga membolehkan gambar lama dihidupkan semula secara digital, menjadikannya lebih bermakna dan dekat di hati.

Perkembangan ini menunjukkan teknologi kini semakin rapat dengan kehidupan harian manusia.

Secara tidak langsung, AI membuktikan bahawa inovasi moden bukan sekadar alat, tetapi juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menghargai kenangan yang berharga.

Ibarat Satu Album Kehidupan, Video AI Untuk Ibu

Terbaharu, tular di Facebook menerusi perkongsian @Franklin Miano yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghidupkan semula gambar-gambar lama keluarganya.

Usaha kreatif itu dijadikan sebagai hadiah istimewa sempena hari jadi ibunya yang ke-60 tahun, sekali gus mencetuskan momen penuh emosi apabila insan tersayang menerima kejutan tersebut.

Hasil sentuhan digital itu bukan sekadar menambah nilai pada foto lama, malah turut menghidupkan kembali kenangan yang telah lama tersimpan.

Jam Ajaib Bawa Imbau Kenangan Dulu-Dulu Ibu

Dalam video AI tersebut, ibu kepada anak berkenaan pada awalnya dilihat membelek satu demi satu gambar lama sambil larut dalam kenangan silam, seolah-olah merindui detik indah ketika zaman mudanya.

Kredit: Franklin Miano via Facebook

Suasana bertukar goosebumps apabila ibunya menemui sebuah jam tangan istimewa yang digambarkan mampu memutar kembali masa ke zaman muda.

Kredit: Franklin Miano via Facebook

Seolah-olah jam itu mampu membuka pintu pulang ke masa lalu dengan jalan cerita yang menyentuh hati, mengimbau kembali detik kehidupan ibunya ketika masih muda.

Bermula dengan kisah pertemuan bersama suami, diikuti lembaran bahtera rumah tangga hingga kini.

Lebih menyentuh perasaan, video itu turut memaparkan momen-momen bermakna dalam hidup si Ibu antaranya menerima khabar kehamilan, yang menjadi antara fasa paling bermakna dalam perjalanan hidupnya.

Kredit: Franklin Miano via Facebook

Setiap perjalanan ibunya juga diabadikan dalam video itu menerusi paparan satu demi satu potret lama keluarga.

Kredit: Franklin Miano via Facebook

Sebagai seorang ibu, melihat keluarga yang dibesarkan didepan mata sejak kecil adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Lebih-lebih lagi setiap momen yang dilalui bersama tiada galang-gantinya.

Secara tidak langsung, coretan klip itu membawa mereka kembali meneroka perjalanan hidup yang tidak mampu diputar kembali.

Sementara itu, video berkenaan turut mencuri perhatian warga maya termasuk mengundang rasa sebak dalam sebagian kalangan penonton.

Video berkenaan mendapat hampir 1 juta tanda 'Suka' dengan lebih 27 tontonan di platform Facebook.