Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rodtang Solat Jumaat Bersama PM Anwar, “Satu Penghormatan Buat Saya”

Rodtang
Kredit: Rodtang

Bekas Juara Dunia ONE Flyweight Muay Thai, Rodtang Jitmuangnon mencuri tumpuan apabila memuat naik satu video yang memaparkan pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, jaguh Muay Thai dari Thailand itu dilihat bersalaman dan berbual dengan Anwar.

Pertemuan tersebut berlangsung selepas kedua-duanya menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Baru Ampang.

Menerusi kapsyen hantaran berkenaan, Rodtang menyifatkan peluang menunaikan solat Jumaat bersama Perdana Menteri Malaysia sebagai satu penghormatan buat dirinya.

Dalam masa sama, beliau turut menyuarakan hasrat untuk beraksi di Malaysia pada masa akan datang.

“Satu penghormatan buat saya dapat menunaikan solat Jumaat bersama Perdana Menteri Malaysia.

“Terima kasih atas peluang untuk bertemu dan saya berharap berpeluang untuk bertarung di Malaysia pada masa akan datang,” katanya.

Sumber:Instagram
Intipati
  • Rodtang Jitmuangnon memuat naik video pertemuannya dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Instagram.
  • Pertemuan itu berlangsung selepas kedua-duanya menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Baru Ampang.
  • Rodtang menyifatkan pengalaman itu sebagai penghormatan dan berharap dapat bertarung di Malaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan