Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga jam 6 petang ini.
Menurut kenyataan negeri yang terlibat adalah Kedah, Kelantan , Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Johor.
"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
"Manakala di Kelantan pula termasuk Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai. Selain di Terengganu melibatkan Besut dan Hulu Terengganu.
"Di Pahang pula Jerantut, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin antara daerah diramal hujan. Selain itu di Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Petaling dan Kuala Langat.
"Hanya daerah Tampin di Negeri Sembilan dijangka hujan. Di Sarawak termasuk Kapit (Belaga) dan Bintulu (Sebauh).
"Beralih ke Sabah, ia termasuk kawasan Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.