Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan sembilan negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga 9 malam ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa keadaan cuaca buruk itu dijangka melanda kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak.
Manakala di Kelantan, amaran berkenaan melibatkan jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Di Terengganu, kawasan yang terlibat adalah Besut, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
Sementara itu di Pahang, enam daerah yang terlibat dalam notis cuaca berkenaan adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Kuantan, Bera dan Pekan.
Seterusnya Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang adalah tiga daerah yang diramal dilanda fenomena cuaca berkenaan.
Seterusnya di Negeri Sembilan, MetMalaysia memaklumkan kawasan yang terlibat merangkumi Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.
Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi pula adalah kawasan yang terlibat dengan amaran cuaca itu bagi negeri Johor.
Di Malaysia Timur, kawasan yang dinyatakan adalah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Kapit (Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang di Sarawak.
Bagi Sabah, amaran cuaca itu meliputi kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Penampang dan Kota Kinabalu) dan Sandakan (Telupid dan Sandakan.
Dua Wilayah Persekutuan yang berdepan dengan fenomena cuaca yang sama adalah Putrajaya dan Labuan.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca berkenaan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi agensi cuaca itu pada pukul 6:10 petang tadi.