Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ribut Petir, Hujan Lebat Dan Angin Kencang Dijangka Landa Beberapa Negeri

ribut
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda beberapa kawasan di 14 negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 7 malam ini.

Iklan

Menurut MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah Kulim, Bandar Baharu, Baling, Kuala Muda, Sik, Pendang, Yan, Kota Setar dan Pokok Sena.

Pulau Pinang turut terlibat, manakala di Perak kawasan yang diberi amaran ialah Muallim, Batang Padang, Kampar, Kinta, Kuala Kangsar, Selama, Larut Matang, Hulu Perak, Kerian, Hilir Perak dan Perak Tengah.

Di Kelantan, amaran melibatkan Gua Musang, manakala di Terengganu membabitkan Marang, Dungun, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Kemaman.

Pahang pula melibatkan Maran, Temerloh, Bentong dan Jerantut.

Di Selangor, kawasan yang terlibat ialah Kuala Langat, Sepang, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak, Petaling, Klang dan Hulu Langat.

Amaran turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Negeri Sembilan iaitu Port Dickson, Rembau, Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah.

Melaka turut terlibat, manakala di Johor amaran melibatkan Tangkak, Muar dan Batu Pahat.

Di Sarawak, amaran melibatkan Sibu termasuk Selangau dan Sibu, Mukah, Sarikei termasuk Sarikei dan Maradong serta Betong.

Sementara itu, di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Kudat, Pantai Barat, Sandakan termasuk Paitan, Labuk dan Sugut serta Kinabatangan, Tawau termasuk Lahad Datu dan Kalabakan serta kawasan Pedalaman termasuk Pensiangan, Membakut, Beaufort, Keningau dan Tambunan.

MetMalaysia berkata amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda tanda yang menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi satu satu keluaran.

Amaran berkenaan dikeluarkan pada jam 3.50 petang, 5 November 2026.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir sehingga jam 7 malam ini.
  • Amaran melibatkan beberapa kawasan di 14 negeri serta Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  • Amaran ribut petir sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan