Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rezeki Noman, Spritzer Buat Kejutan Istimewa Selepas Aksi "T-Pose" Di F1 Tular

Rezeki Noman
Kredit: Threads elie_rahim
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Rezeki tidak pernah salah alamat. Jika sesuatu itu sudah ditakdirkan menjadi milik kita, pasti ada jalannya walaupun cepat atau lambat.

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak dikenali sebagai Noman mencuri perhatian ramai selepas aksinya ketika menyaksikan perlumbaan Formula 1 (F1) menjadi tular di media sosial.

Manakan tidak, Noman dilaporkan muncul dalam siaran langsung perlumbaan tersebut ketika melakukan gaya ‘T-pose’ yang sinonim dengan pelumba Mercedes, George Russell.

Dengan memakai sut perlumbaan lengkap sambil memegang sebotol air mineral, Noman dilihat berdiri di tempat duduk penonton sebelum mendepakan kedua-dua tangannya dan menundukkan kepala.

Rezeki Noman

Menariknya, botol air mineral yang dipegang oleh Noman ketika itu adalah daripada jenama Spritzer.

Susulan itu, Spritzer tampil memberikan kejutan istimewa kepada Noman dengan menghadiahkan beberapa kotak air mineral kepadanya.

Perkara tersebut dikongsikan oleh ibunya, Elie Rahim, menerusi satu hantaran di Threads pada Jumaat.

“Masya-Allah, Alhamdulillah. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas hadiah istimewa buat Noman.

“Kami amat bersyukur atas segala kebaikan, dorongan dan sokongan yang diberikan sepanjang Noman meneruskan perjalanannya.

“Kemurahan hati anda amat bermakna buat kami.

“Terima kasih Spritzer kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan istimewa ini,” tulisnya.

Spritzer titip kata-kata semangat buat Noman

Bukan sekadar menghadiahkan air mineral, Spritzer turut menitipkan kata-kata semangat buat Noman menerusi sekeping kad yang disertakan bersama hadiah tersebut.

“Hai Noman, ada sedikit hadiah daripada Spritzer untuk kamu.

“Mulakan langkah pertama, teruskan usaha dan kejarlah impian kamu dalam dunia F1.

“Ini sedikit air Spritzer untuk memastikan kamu sentiasa terhidrat dan membekalkan tenaga sepanjang perjalanan yang mendatang.

“Kekal comel dan teruskan perjalanan dengan penuh kegembiraan” tulisnya.

Perkongsian yang mendapat hampir 30,000 tanda suka itu mendapat perhatian ramai. Rata-rata daripada mereka turut memberikan semangat kepada Noman untuk mengejar cita-citanya.

Sumber:Threads
Intipati
  • Noman mencuri perhatian selepas aksi ‘T-pose’ ketika menonton Formula 1 tular di media sosial.
  • Spritzer menghadiahkan beberapa kotak air mineral kepada Noman selepas botol jenama itu kelihatan dipegangnya.
  • Ibunya, Elie Rahim, berkongsi penghargaan di Threads atas hadiah dan sokongan tersebut.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan