Perbezaan agama bukanlah penghalang bagi seseorang untuk berbuat baik pada orang lain. Semua agama yang dianuti didunia ini menggesa agar penganutnya berbuat baik kepada orang lain. Begitulah yang dapat digambarkan melalui tindakan mulia seorang individu yang beragama Sikh di Iraq.
Tindakan beliau menyerahkan 5 salinan Al-Quran dan sejadah solat mendapat pujian rata-rata pengguna media sosial. Perbuatan itu membuktikan bahawa penganut agama lain turut memberi perhatian kepada nasib yang menimpa penganut agama Islam di Iraq.
Sumbangan tersebut sangatlah bermakna kepada orang Islam di situ terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini.
Sumbangan yang disampaikan di kem pelarian Mosul di Iraq itu sangat menyentuh hati. Perbuatan itu juga melambangkan kerjasama yang terjalin di antara agama lain dengan agama Islam.
Netizen turut menyatakan bahawa sikap mulia yang dilakukan oleh individu terbabit wajar dicontohi.

Perbuatan individu tersebut juga dikatakan sangat berani. Rata-rata pengguna Twitter itu sangat mengagumi dan menghormati tindakan individu tersebut.

Sumber: Harjinder Singh Kukreja
