Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rabiatul Adawiyah Muncul Juara Dunia Muay Thai

Rabiatul Adawiyah Muncul Juara
Kredit: Facebook Muaythai Malaysia

Atlet Muay Thai dari Perak, Rabiatul Adawiyah mencipta sejarah tersendiri apabila merangkul pingat emas pada International Federation of Muaythai Association (IFMA) Senior All Disciplines World Championships 2026 di Kosovo.

Menerusi perkongsian di Facebook Muaythai Malaysia, Rabiatul menewaskan atlet Turkiye dalam kategori 48 kilogram (kg) bawah 24 tahun (B-24) wanita.

Sementara itu, Menteri Besar Incorporated (Perak) merakamkan ucapan tahniah kepada atlet berkenaan.

“Pengurusan dan seluruh warga kerja Menteri Besar Incorporated (Perak) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada atlet Muay Thai Negeri Perak, Saudari Rabiatul Adawiyah atas pencapaian cemerlang,” katanya.

Rabiatul sebelum ini turut mengharumkan nama Perak apabila meraih pingat emas pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.

“MB Inc. Perak selaku Rakan Strategik sukan Muay Thai negeri, akan terus komited memikul tanggungjawab ini secara menyeluruh dalam menyumbang ke arah kemajuan dan pembangunan sukan negeri, khususnya demi memastikan sukan Muay Thai negeri terus tampil cemerlang di persada dunia,” katanya lagi.

Intipati
  • Rabiatul Adawiyah memenangi emas kategori 48kg B-24 wanita pada Kejohanan Dunia IFMA 2026.
  • Atlet Muay Thai Perak itu menewaskan wakil Turkiye dalam saingan berlangsung di Kosovo.
  • MB Inc. Perak mengucapkan tahniah dan menyatakan komitmen menyokong pembangunan Muay Thai negeri.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan