Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Proton X90: SUV 7 Tempat Duduk Tanpa ADAS
Pertengahan bulan Mac tahun ini, Proton telah melancarkan model facelift bagi Proton X90 yang menjadi model terakhir terima enjin 4 silinder yang baru.
Namun, selepas pelancaran timbul satu isu apabila ASEAN NCAP keluarkan kenyataan menurunkan penilaian 5 bintang kepada 1 bintang.
Hal ini kerana Proton mengeluarkan Advance Driver Assistance System (ADAS) pada kesemua varian Lite, Prime dan Prime X.
Proton X90 kali ini menggunakan enjin 4 silinder, 16 Valve DOHC Turbocharged untuk semua varian.
Enjin ini menjana kuasa 181 PS dan 290 Nm of torque dan ia menggunakan kotak gear 7-speed Dual Clutch Transmission (DCT) dengan mod manual.
Untuk sistem infotainment, Proton belanja skrin 12.3 inci dengan sambungan Apple Carplay dan Android Auto tanpa wayar.

Selain itu, Proton X90 juga lengkap dengan ciri-ciri seperti Walk Away Auto Lock, Power Seat untuk pemandu dan penumpang.
Tambahan lagi, Proton X90 lengkap dengan semua lampu LED dan siap ada DRL,Follow Me Home Light, Auto Headlight dan Auto Sensing Wiper.
Walaupun tiada ADAS, tapi Proton kekal menyediakan ciri-ciri keselamatan asas yang terbaik untuk penggunanya.
Proton X90 ini lengkap dengan 6 beg udara, ABS, Traction Control, Auto Hold, Hill Hold Assist dan kamera 380 dengan paparan HD.
Pada pendapat SK, Proton X90 masih selamat untuk dipandu dengan ciri keselamatan asas walau tanpa ADAS.
Malah SK rasa sedikit selesa kerana tiada apa-apa bunyi alert dari sistem ADAS yang ada pada majoriti kereta terkini.
Ohh sebelum terlupa, Proton juga mengeluarkan sistem Mild Hybrid yang pernah ada pada versi 3 silinder.
Baru-baru ini, SK dapat merasai pengalaman memandu X90 dan memandunya dari Cyberjaya ke Pulau Pinang.
Pada pendapat SK, selain dari bunyi enjin yang lebih senyap, SK sangat menikmati setiap detik pemanduan dengan tenang.
SK memang sentiasa kagum dengan kepakaran Proton menala handling setiap modelnya termasuk Proton X90.

Memang tak terkejut, handling X90 ini sangat selesa untuk sebuah SUV 7 tempat duduk seakan Anak Gajah itu.
SK tak rasa penat sangat walaupun memandu lebih 400km ke Pulau Pinang dek kerana selesanya handling kereta ini.
Mungkin kerana nak jual pada harga lebih murah dari versi 3 silinder, Proton ambil keputusan untuk keluarkan ADAS dari model ini. MUNGKIN.
Harga jualan Proton X90 bermula RM99,800 untuk varian Lite, RM109,800 untuk varian Prime dan RM115,800 untuk varian Prime X.
Bagi julat harga bermula bawah RM100,000 dan bawah RM120,000 bagi spek penuh untuk SUV 7 tempat duduk menjadikan Proton X90 antara termurah di pasaran.
Tambahan lagi dengan pelbagai ciri terkini yang ditawarkan seperti sambungan AACP dan skrin 12.3 inci.
Akhir kalam, walaupun SK secara peribadi tak kisah kereta yang tiada ADAS tapi harap Proton tak jadikan buang ADAS sebagai amalan.
Betul, dulu tiada ADAS pun kereta tetap bergerak tapi perlu juga ambil kira keadaan semasa dan saiz kereta yang mungkin ADAS jadi sistem yang sangat membantu pemandu.




Maklumat lanjut boleh layari laman web Proton.