Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Proton e.MAS Ubah Dari Sekadar Minat EV Jadi Hak Milik

Syamimi
PROTON

Proton e.MAS Ubah Dari Sekadar Minat EV Jadi Hak Milik

PRO-NET, anak syarikat kepada pengeluar kereta nasional PROTON dan jenama EV No. 1 Malaysia, mengukuhkan kehadirannya di bahagian Utara menerusi penyertaan dalam Penang Autoshow 2026 anjuran MARii.

Acara ini diserikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza Aziz, serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Ir. Abdul Rashid Musa.

Sepanjang acara tiga hari tersebut, Proton e.MAS merekodkan lebih 760 interaksi jualan, merangkumi uji pandu kenderaan e.MAS, prospek dan tempahan, sekali gus mencerminkan peningkatan penerimaan pengguna terhadap mobiliti elektrik di wilayah utara Malaysia.

Konvoi Terbesar di Malaysia yang dipandu pemilik Proton e.MAS merentasi Jambatan Pulau Pinang

Antara sorotan menarik pada hujung minggu lalu ialah konvoi yang dipandu sendiri oleh pemilik Proton e.MAS, melibatkan 30 buah kenderaan merangkumi e.MAS 5, e.MAS 7 dan e.MAS 7 PHEV. Konvoi ini bermula dari Juru, sebelum merentasi Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) dan berakhir di Penang Waterfront Convention Centre (PWCC).

Lebih daripada sekadar pertunjukan visual, konvoi ini menjadi detik bersejarah apabila buat pertama kalinya sebuah jenama EV nasional, konvoi merentasi jambatan. Ia jelas menunjukkan bahawa keyakinan yang semakin kukuh dalam kalangan pengguna terhadap EV dalam penggunaan sebenar. Ini membuktikan EV bukan sahaja sesuai untuk kegunaan harian, tetapi juga mampu untuk perjalanan jarak jauh antara bandar.

Konvoi ini mengumpulkan lebih 80 pemilik Proton e.MAS bersama keluarga mereka, dengan kehadiran keseluruhan melebihi 200 orang. Penyertaan besar ini menjadi simbol jelas kepada perkembangan pesat jenama serta komuniti Proton e.MAS yang semakin kukuh di bahagian Utara.

Bukti bahawa keyakinan pengguna e.MAS terus bertambah

Sepanjang pameran automotif tersebut, Proton e.MAS mencatatkan penglibatan pengunjung yang memberangsangkan, dengan sesi pandu uji yang berjaya ditukar kepada tempahan, disokong oleh aliran prospek yang berpotensi. Ini mencerminkan peralihan yang semakin jelas dalam kalangan pengguna Malaysia daripada sekadar ingin tahu kepada komitmen sebenar untuk memiliki EV.

Proton e.MAS 5 muncul sebagai antara penyumbang utama, bersama minat berterusan terhadap Proton e.MAS 7 dan Proton e.MAS 7 PHEV yang baharu diperkenalkan. Rakyat Malaysia semakin terbuka kepada pelbagai pilihan mobiliti elektrik, bergantung kepada keperluan dan gaya hidup.

Pengenalan Proton e.MAS 5 dalam warna baharu Jade Green, bersama Proton e.MAS 7 PHEV dalam Emerald Green, turut menarik minat dalam kalangan pengunjung. Ia menambah daya tarikan yang lebih segar dan tersendiri kepada barisan model tersebut.

Daripada Pemilik kepada Menjadi Sebahagian dari Komuniti

Selain prestasi komersial, acara ini turut menunjukkan bagaimana pemilikan EV kini berkembang menjadi satu pengalaman yang dikongsi bersama. Penyertaan daripada para pemilik dan keluarga mereka menggambarkan kehadiran Proton e.MAS yang semakin berkembang di Utara, khususnya di Pulau Pinang, Proton e.MAS memegang sebanyak 64.2% pegangan pasaran EV setakat tahun ini, serta meningkatkan keyakinan dalam ekosistem Proton e.MAS.

“Apa yang kami lihat di Pulau Pinang ialah gaya hidup  yang telah berubah. Ramai rakyat Malaysia bukan hanya datang untuk melihat EV, malahan mereka kini membuat keputusan untuk memiliki. Pada masa yang sama, kehadiran para pemilik kami menunjukkan bahawa ini bukan lagi sekadar tentang produk, tetapi tentang membina komuniti dan ekosistem yang menyokong mereka sepanjang perjalanan,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.

Kesedaran Teknologi Meningkatkan Keyakinan

Pengunjung dan pemilik turut berpeluang mengenali platform Global Modular Architecture (GMA) Proton e.MAS buat pertama kalinya di wilayah Utara. Platform ini dibangunkan dengan pendekatan modular, menekankan aspek keselamatan, dan direka sebagai platform untuk keperluan mobiliti masa hadapan bagi kenderaan elektrik jenama ini.

Rangkaian pengedar Proton e.MAS di Utara turut memainkan peranan penting sepanjang tempoh pameran automotif ini, membolehkan untuk berinteraksi dengan pengunjung, membantu pengunjung memahami dengan lebih jelas teknologi di sebalik kenderaan mereka, sekali gus memperkukuh lagi kepercayaan dan keyakinan terhadap jenama.

Pemilik Proton e.MAS digalakkan untuk terus berhubung, mendapatkan info lanjut dan membina komuniti bersama melalui Proton e.MAS Community Facebook Group

Proton e.MAS Golden Roadshow seterusnya ke Melaka & Johor

Bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mengenali barisan Proton e.MAS dan merasai pengalaman mobiliti elektrik, Proton e.MAS Golden Roadshow yang sedang berlangsung akan meneruskan jelajahnya ke seluruh negara, dengan perhentian seterusnya di wilayah Selatan dan Pantai Timur:

Melaka

  • AEON Melaka dari 19 - 24 Mei

Pahang

  • East Coast Mall, Pahang from 24 - 28 June

Untuk mengetahui lokasi showroom rasmi terdekat atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai Proton e.MAS Golden Roadshow, sila layari laman web rasmi atau ikuti Proton e.MAS di Facebook (Proton e.MAS Cars), Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), TikTok (@protonemasofficial) dan Instagram (@protonemasofficial).

#PROTONeMAS7PHEV #DualPoweredEV #OpenYourWorld #PROTONeMAS5 #OwnYourSpace #FreedomThatElectrifies #eMAS5FirstAffordableEV