Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PropertyGuru Dan iProperty Memperkenalkan Pay Per Post, Memberi Pemilik Hartanah Dan Ejen Lebih Fleksibiliti Untuk Menyenaraikan Hartanah

Pay Per Post

Hartanah sewa merangkumi kira-kira empat daripada lima pertanyaan di PropertyGuru dan iProperty Malaysia
Pemilik hartanah dan ejen yang layak kini boleh menyenaraikan hartanah untuk disewa atau dijual tanpa perlu melanggan pakej penuh

Kuala Lumpur, 27 Oktober 2026 - PropertyGuru dan iProperty Malaysia memperkenalkan Pay Per Post, membolehkan pemilik hartanah dan ejen yang layak menyenaraikan hartanah untuk disewa atau dijual menerusi kedua-dua platform tanpa perlu melanggan pakej langganan penuh.

Hartanah sewa terus mencatat permintaan yang tinggi dalam kalangan pencari hartanah. Dalam tempoh 12 bulan hingga September 2026, kira-kira empat daripada lima pertanyaan yang diterima menerusi PropertyGuru dan iProperty Malaysia adalah berkaitan dengan hartanah untuk disewa. Sebagai perbandingan, hartanah sewa merangkumi kira-kira empat daripada 10 penyenaraian di setiap platform dalam tempoh yang sama. Angka ini menunjukkan terdapat peluang untuk memperluas pilihan hartanah sewa bagi mereka yang mencari kediaman.

Keperluan penyenaraian pemilik hartanah juga berbeza mengikut pemilik dan ejen. Ada yang hanya mempunyai sebuah hartanah untuk disewa atau dijual, manakala ada juga yang hanya perlu membuat penyenaraian sekali-sekala. Pay Per Post menawarkan cara lebih mudah kepada pemilik hartanah dan ejen untuk menyenaraikan hartanah mengikut keperluan masing-masing, di samping membolehkan penyenaraian mereka menjangkau pencari hartanah menerusi platform yang khusus untuk urusan pembelian, penjualan dan penyewaan hartanah.

“Setiap individu mempunyai sebab yang berbeza untuk menyewa, sama ada untuk tinggal lebih dekat dengan tempat kerja, menikmati fleksibiliti atau menyimpan wang sebelum membeli kediaman sendiri. Data kami menunjukkan minat yang tinggi terhadap hartanah sewa, dan kami ingin membantu orang ramai mencari lebih banyak pilihan kediaman yang sesuai untuk disewa,” kata Vic Sithasanan, Pengarah Urusan – Malaysia, PropertyGuru dan iProperty. “Pada masa yang sama, tidak semua pemilik hartanah atau ejen perlu mengiklankan hartanah sepanjang tahun. Pay Per Post memberi mereka cara yang praktikal untuk membuat penyenaraian apabila diperlukan, sama ada untuk menyewakan atau menjual hartanah.”

Keperluan untuk memperluas pilihan hartanah sewa menjadi semakin penting di tengah kos sewa yang meningkat. Kajian Sentimen Pengguna PropertyGuru H1 2026 mendapati bahawa 81% penyewa yang ditinjau berpendapat kadar sewa terlalu tinggi, manakala 51% telah berpindah lebih jauh dari pusat bandar disebabkan kos sewa. Kajian tersebut turut mendapati bahawa 89% penyewa membayar sewa kurang daripada RM1,500 sebulan.

Selain mempunyai lebih banyak pilihan hartanah, pencari hartanah turut memerlukan maklumat yang jelas dan boleh dipercayai untuk membantu mereka membuat keputusan. Penerangan hartanah yang lengkap, butiran yang tepat serta maklumat yang boleh dipercayai mengenai pihak yang membuat penyenarian turut penting. PropertyGuru dan iProperty terus memberikan penekanan terhadap aspek-aspek ini bagi membantu penyewa dan pembeli membandingkan pilihan yang tersedia dan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang lengkap.

Harga Pay Per Post bermula daripada RM5 bagi penyenaraian yang layak, dengan harga berbeza mengikut jenis hartanah dan lokasi. Pilihan ini ditujukan kepada pemilik hartanah dan ejen yang ingin menyenaraikan hartanah tertentu atau membuat penyenaraian sekali-sekala. Bagi ejen hartanah profesional yang perlu mengiklankan hartanah secara berkala dan pada skala yang lebih besar, Pakej All-Access kekal sebagai penyelesaian menyeluruh yang menawarkan pendedahan dan sokongan berterusan.