Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Prabowo 'Puas' Gaji Hakim Indonesia Lebih Tinggi Daripada Malaysia
Presiden Prabowo Subianto mengakui berasa puas (bangga) apabila menerima khabar gembira daripada Ketua Mahkamah Konstitusi (MK), Suhartoyo, baru-baru ini bahawa gaji hakim di Indonesia lebih tinggi berbanding di Malaysia, lapor CNBC Indonesia
Menurut Prabowo, semasa beliau telah bertemu dengan Ketua MK, melahirkan rasa kagum terhadap Indonesia yang berani menaikkan gaji hakim.
Kenaikan ini, gaji hakim di Indonesia ini buat pertama kalinya lebih tinggi berbanding di Malaysia.
"Saya berasa puas minggu lalu, Ketua MK bertemu saya, beliau menyampaikan berita selepas mesyuarat Ketua MK se-Asia. Kemudian, Ketua Hakim Negara Malaysia menyampaikan kepada Ketua MK Indonesia, beliau berkata 'saya kagum dengan Indonesia, buat pertama kali gaji hakim Indonesia melebihi gaji hakim Malaysia'" katanya.
Pada Jun 2025, Prabowo telah mengumumkan kenaikan gaji hakim di Indonesia sehingga 280 peratus.
Kenaikan gaji ini disampaikan diumumkan beliau semasa menghadiri Majlis Pengukuhan Hakim Mahkamah Agung Republik Indonesia Tahun 2025 di Pejabat Mahkamah Agung, Jakarta, pada Khamis, 12 Jun 2025.
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira para hakim belum menerima sebarang kenaikan selama 18 tahun.
"Saya Prabowo Subianto, Presiden Republik Indonesia ke-8. Hari ini mengumumkan bahawa gaji para hakim akan dinaikkan demi kesejahteraan mereka, dengan kadar kenaikan yang berbeza mengikut gred di mana kenaikan tertinggi mencecah 280 peratus," kata Presiden semasa berucap di Mahkamah Agung (MA).
Menurut Prabowo, angka kenaikan gaji tertinggi diberikan kepada gred yang paling junior. Walau bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa kenaikan gaji yang signifikan ini akan terpakai kepada semua hakim.
"Gred yang menerima kenaikan tertinggi adalah gred yang paling junior, paling bawah. Namun, semua hakim akan menerima kenaikan secara signifikan, secara signifikan, dan saya akan terus memantaunya," kata beliau.