Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Poster Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Mulai 1 November Palsu - MOF

Poster
Kredit: Bernama

PUTRAJAYA, 18 Okt (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) hari ini menafikan dakwaan caj perkhidmatan kod respons pantas (QR) yang kononnya bermula 1 Nov ini seperti yang tular menerusi satu poster.

Menerusi hantaran di Facebook, MOF memaklumkan poster yang tular itu adalah palsu.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai atau menyebarkan poster yang mendakwa QR memulakan caj perkhidmatan pada 1 Nov 2026 kerana maklumat tersebut adalah palsu.

“MOF ingin menegaskan bahawa tiada pengumuman rasmi mengenai perkhidmatan caj bagi QR seperti yang didakwa dalam poster berkenaan,” menurut MOF.

Sehubungan dengan itu, kementerian itu menasihati orang ramai agar sentiasa mendapatkan maklumat yang sahih melalui saluran rasmi MOF sebelum berkongsi bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat.

Terdahulu, poster berkenaan tular melalui platform Facebook dan Threads, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi serta komen dalam kalangan pengguna media sosial.


Sumber:BERNAMA
Intipati
  • MOF menafikan poster tular mendakwa caj perkhidmatan QR bermula 1 Nov 2026.
  • Kementerian itu menegaskan tiada pengumuman rasmi mengenai caj perkhidmatan QR seperti didakwa.
  • Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi MOF sebelum berkongsi.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan