Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Minta Bantuan Kesan Damia Zahra, Hilang Sejak 13 September Lalu

Damia Zahra
Kredit: Facebook Polis Kota Setar

Polis Kota Setar memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu.

Menurut hebahan yang dimuat naik di laman Facebook, remaja berkenaan dikenali sebagai Damia Zahra Binti Mohd Zulkhairee.

Damia mempunyai ketinggian kira-kira 155 sentimeter dan berat 55 kilogram, berkulit cerah serta tidak mempunyai sebarang parut pada wajah.

Remaja berkenaan turut mempunyai tahi lalat di bahagian tepi mata sebelah kanan dan tidak memakai cermin mata.

Kredit: Facebook Polis Kota Setar

Orang ramai yang pernah melihat atau mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Damia diminta segera menghubungi pihak polis bagi membantu usaha mengesannya.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Kota Setar, Sjn Nur Ain binti Mohamad Ghazali, di talian berikut:

Hotline IPD Kota Setar: 04-774 7222
Hotline IPK Kedah: 04-774 1222

Kerjasama orang ramai amat dihargai bagi membantu pihak polis mengesan remaja berkenaan dan memastikan keselamatannya.

Intipati
  • Polis Kota Setar memohon bantuan mengesan Damia Zahra, 15, yang dilaporkan hilang.
  • Damia berketinggian kira-kira 155 sentimeter, berat 55 kilogram dan berkulit cerah.
  • Maklumat boleh disalurkan kepada Sjn Nur Ain atau hotline IPD Kota Setar.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan