Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Kesan Remaja Perempuan Hilang Sejak 14 Mei

Hannah
remaja hilang
Gambar: Polis Daerah Jerantut

Polis Kesan Remaja Perempuan Hilang Sejak 14 Mei

Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan remaja perempuan berusia 16 tahun yang hilang sejak 14 Mei lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintenden Arshad Ayob berkata, laporan berhubung kehilangan remaja berkenaan, Ainul Maisarah Abu Bakar, telah dibuat oleh bapanya pada kira-kira 10 pagi, semalam.

Menurut beliau, kali terakhir remaja itu dilihat berada di Kampung Asli Pasu, Kuala Krau, Temerloh dalam keadaan memakai pakaian seragam sekolah.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan pihak polis, Ainul Maisarah mempunyai susuk tubuh kurus dan tinggi, berwajah bujur serta berkulit hitam manis.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan keberadaan remaja terbabit diminta segera tampil membantu dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pusat Kawalan Daerah (DCC), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut di talian 09-2662222.