Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pneumonia Penyakit Utama Dihidapi Jemaah Malaysia, Kurang Minum Air Jadi Faktor

Sofea
pneumonia jemaah malaysia

Pneumonia Penyakit Utama Dihidapi Jemaah Malaysia, Kurang Minum Air Jadi Faktor

Pneumonia menjadi penyakit utama yang dihidapi oleh jemaah haji Malaysia di Tanah Suci.

Ketua Pakar Rombongan Perubatan Haji, Dr Taufik Rosli berkata ramai jemaah menghidap pneumonia kerana dua faktor iaitu berkait dengan ketahanan badan seseorang.

Selain itu, sebahagian jemaah juga terlalu fokus ibadah sehingga terlupa perkara asas iaitu rehat yang cukup, minum air dan ada sebahagiannya yang terlupa memakan ubat.

"Itu adalah senario yang biasa. Bila berlaku begini, badan jadi stres. Bila badan jadi stres, sistem imun badan akan turun.

"Jadi bila sistem imun badan turun, banyaklah penyakit atau kuman-kuman akan datang. Dan kebiasaannya di sini, sebab kita ada jutaan jemaah lain daripada negara-negara lain, banyaklah virus-virus yang badan kita belum ada antibodi.

"Itulah yang menyebabkan penyakit pneumonia ini sering berlaku," katanya.

Ujarnya lagi, masalah utama ialah kebanyakan jemaah mengabaikan keperluan asas mereka khususnya berkaitan hidrasi atau air.

"Biasanya air tidak cukup sebab kebanyakan mereka takut bila minum air banyak, hendak pergi Masjidil Haram, hendak buang air kecil.

"Jadi dia tahan. Ada sebahagian itu, dia tunggu daripada Zuhur sampai Maghrib. Jadi dalam masjid dia tidak minum. Bila dia balik pula, dia terlalu letih.

"Selalunya bila kita sarankan kalau dia balik itu minumlah sebanyak mungkin supaya hidrasinya cukup, tapi bila dia terlalu letih, dia balik dia tidur, dia rehat," katanya.

Taufik juga mengulas mengenai peluang jemaah yang sakit untuk berwukuf.

Menurutnya, kerajaan Arab Saudi sangat tegas tentang membawa keluar pesakit daripada wad untuk ke wukuf.

"Mereka sudah keluarkan kenyataan kepada petugas perubatan untuk tidak membawa keluar pesakit yang tidak begitu sihat untuk masuk ke wukuf.

"Jadi kita memang sangat akur. Tabung Haji memang sangat akur dengan SOP dan arahan kerja daripada Arab Saudi itu sendiri.

"Pada tahun ini, sesiapa yang tidak layak untuk discaj, bilangan itulah yang tidak dapat berwukuf tahun ini.

"Bagi kami, selagi mana dia boleh discaj, kami akan cuba sedaya upaya. Kami akan buat tagging," katanya lagi.