Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri sidang khas bagi membahaskan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH).
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar turut mendoakan agar persidangan berkenaan berjalan lancar.
Menurutnya, Perdana Menteri akan mengikuti perkembangan perbahasan secara dekat bagi memastikan amanah institusi umat Islam itu terus dipelihara.
“Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan keafiatan beliau serta atas ingatan dan ucapan sempena ulang tahun kelahiran ke-79 pada Isnin.
“Alhamdulillah, keadaan kesihatan Perdana Menteri semakin baik dan beliau akan terus menjalani rawatan fisioterapi di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini, hari ini.
Semalam, Anwar menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan.
Susulan itu, beliau dijangka terus berada di bawah pemantauan pasukan perubatan selama dua hari bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan