Pelajar baharu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang layak akan menerima bantuan tiket penerbangan secara one-off sebanyak RM500.
Inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada 7,095 pelajar yang perlu menggunakan laluan udara merentas Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan bagi memulakan pengajian.
Bantuan tersebut melibatkan pelajar baharu di Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti.
Inisiatif itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Amanat Hari Malaysia pada Rabu.
PM Umum Bantuan Tiket Penerbangan

Beliau juga turut mengumumkan mengenai hak pemberian khas untuk negeri Sarawak dan penambahbaikan ikhtiar BUDI Diesel untuk rakyat.
“Ikhtiar ini turut memaknai semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai waad nasional yang mesti terus diterjemahkan melalui penghormatan terhadap hak serta kepentingan Sabah dan Sarawak dalam kerangka Persekutuan.
“Saya dan seluruh pasukan Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras memastikan setiap kemajuan negara diterjemahkan kepada manfaat yang dirasai rakyat, agar Sabah, Sarawak dan Semenanjung terus melangkah bersama menuju kehidupan yang lebih sejahtera dan bermaruah,” katanya.
