Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri susulan pemergian suaminya, Kamil Misuari semalam.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau dan Wan Azizah turut mendoakan agar Nancy serta seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian berat itu.
“Kami mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampuni segala dosa, diterima seluruh amal kebajikan dan dikurniakan tempat yang istimewa di sisi-Nya,” katanya.
Terdahulu, Pejabat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam satu kenyataan memaklumkan Kamil meninggal dunia di sebuah hospital petang semalam.
Menurut kenyataan itu, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Kuching, Sarawak hari ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang.
Allahyarham yang berusia 65 tahun mendirikan rumah tangga bersama Nancy pada tahun 1985 dan dikurniakan tiga cahaya mata.