Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Anwar Umum Bantuan RM2,500 Kepada Mangsa Banjir Di Selangor

bantuan
Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai tambahan khas sebanyak RM2,500 kepada setiap mangsa banjir yang layak di Selangor.

Iklan

Menurut beliau, pembayaran bantuan itu dijangka bermula 10 November 2026 bagi meringankan beban mangsa yang terjejas akibat bencana berkenaan.

Anwar berkata, bantuan tersebut bertujuan membantu mangsa menggantikan barangan keperluan rumah yang rosak atau musnah akibat banjir.

Beliau memaklumkan perkara itu menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini.

Jelasnya, kaedah pelaksanaan serta syarat kelayakan bagi menerima bantuan berkenaan akan diumumkan oleh agensi pelaksana.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengarahkan supaya pelaksanaan projek tebatan banjir dipercepatkan bagi menangani kejadian banjir berulang.

Intipati
  • Anwar mengumumkan bantuan tunai tambahan RM2,500 kepada mangsa banjir layak di Selangor.
  • Pembayaran bantuan itu dijangka bermula 10 November 2026, menurut kenyataan di Facebook.
  • Perdana Menteri turut mengarahkan projek tebatan banjir dipercepatkan bagi menangani banjir berulang.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan