Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PM Anwar Selamat Jalani Pembedahan Laparoskopi

PEMBEDAHAN
Kredit: Bernama

PM Anwar Selamat Jalani Pembedahan Laparoskopi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia), hari ini.

Ketua Pasukan Perubatannya, Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah berkata, prosedur berkenaan dilakukan secara elektif dan berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar perubatan.

“Beliau kini sedang menjalani rawatan fisioterapi serta berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Anwar dilaporkan menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

Intipati
  • Anwar Ibrahim selamat menjalani pembedahan laparoskopi bagi merawat hernia perut hari ini.
  • Prosedur elektif itu berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar perubatan.
  • Beliau sedang menjalani fisioterapi dan dijangka dipantau pasukan pakar selama dua hari.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan